Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengawalan peralatan elektrik dan keselamatan di sekolah ke arah bercirikan revolusi industri 4.0

Abstract

dc:description.abstract

Era teknologi kini menjurus kepada perubahan revolusi industri 4.0, di mana salah satu ciri-cirinya ialah sistem pengawalan yang menggunakan telefon pintar. Tetapi, masih terdapat lagi segelintir masyarakat yang kurang prihatin terhadap penggunaan tenaga elektrik. Selain itu, terdapat permasalahan keselamatan seperti pencerobohan di kawasan sekolah. Oleh itu, satu sistem Pengawalan Peralatan Elektrik dan Keselamatan bercirikan revolusi industri 4.0 dibangunkan dalam usaha penjimatan tenaga elektrik di samping dapat memantau keselamatan di institusi pendidikan. Pengawalan lampu ini menggunakan dua mod iaitu manual dan automatik manakala sistem pemantauan keselamatan pula akan mendapatkan notifikasi apabila pintu dibuka. Proses pembangunan sistem ini menggunakan model System Development Life Cycle (SDLC) sebagai garis panduan. Sistem ini menggunakan aplikasi Blynk bagi mengawal penggunaan lampu dan pemantauan keselamatan. Tambahan lagi, pengesan arus ACS712 digunakan bagi mengesan arus yang digunakan sekali gus mengirakan bil semasa yang digunakan. Papan pengawal mikro yang digunakan dalam sistem ini ialah NodeMCU ESP8266 yang mempunyai sambungan wifi dan sebagai alat menghubungkan aplikasi Blynk dan litar. Aplikasi Blynk ini diprogramkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C. Sistem ini juga menggunakan suis magnet sebagai alat pengesan keselamatan dan memberi notifikasi apabila pintu dibuka. Melalui sistem yang dibangunkan, didapati pengawalan lampu berjaya dilakukan walaupun berada di jarak yang jauh dan notifikasi dipaparkan apabila alat pengesan suis magnet mengesan regangan magnet. Sistem ini telah mendapatkan pengesahan daripada tiga orang pakar dalam bidang yang sama dan mendapat maklum balas kebolehfungsiaan daripada guru-guru sekolah menengah. Kesimpulannya, sistem yang dibangunkan dapat mengurangkan tenaga elektrik dengan mengawal penggunaan lampu sekali gus dapat memantau keselamatan walaupun semasa ketiadaan penghuni.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Rahayu, Nurul Syahirah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Rahayu, Nurul Syahirah. Pengawalan peralatan elektrik dan keselamatan di sekolah ke arah bercirikan revolusi industri 4.0. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.