Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keberkesanan pembelajaran koperatif model student teams-achievement divisions (STAD) dalam fizik terhadap pencapaian pelajar

Abstract

dc:description.abstract

Selaras dengan pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fizik perlu diberikan perhatian bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam menyediakan mereka ke arah bidang teknikal dan kejuruteraan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif model Student Teams Achievement Divisions (STAD) dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Kajian ini juga turut melihat tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik dari persepsi pelajar. Reka bentuk kajian ialah eksperimental sebenar dengan menggunakan set ujian pra, ujian pos dan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 52 orang pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Muar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik berada di tahap tinggi dengan min skor ialah 3.93. Setelah ujian pra dijalankan, didapati bahawa tahap pencapaian pelajar dari kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berada di tahap rendah. Setelah intervensi dijalankan, tahap pencapaian pelajar dari kedua-dua kumpulan meningkat di mana kumpulan kawalan meningkat ke tahap sederhana dengan min skor 56.77 manakala kumpulan rawatan meningkat ke tahap baik dengan min skor 60.62. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan berdasarkan gain score. Ujian ANCOVA yang dijalankan juga mendapati bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos dengan mengawal ujian pra. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2016

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Ramli, Noraziah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Ramli, Noraziah. Keberkesanan pembelajaran koperatif model student teams-achievement divisions (STAD) dalam fizik terhadap pencapaian pelajar. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2016.