Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) melalui penguasaan kemahiran teknikal dan kemahiran generik bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)

Abstract

dc:description.abstract

Kajian ini bertujuan berfokus terhadap mengenal pasti komponen penting pelaksanaan kerja kursus, komponen Pembelajaran Berasaskan Masalah, komponen kemahiran teknikal dan komponen kemahiran generik yang diperlukan dalam pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Responden kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seramai 31 orang. Kajian ini meliputi 9 buah sekolah iaitu SMT Kuala Lumpur, SMT Johor Bahru, SMT Tuanku Jaafar, SMT Alor Setar, SMT Melaka, SMT Kuantan, SMT Terengganu, SMT Tuanku Abdul Rahman Putra dan SMT Sejingkat. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Dapatan menunjukkan komponen penting pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam yang dikenalpasti adalah Peranan Guru, Panduan Pelaksanaan, Kurikulum SMT dan Penilaian dan Pentaksiran. Komponen Pembelajaran Berasaskan Masalah pula adalah Penentuan Masalah, Pemahaman Masalah, Penyelesaian Masalah, Penilaian, dan Penentuan, komponen kemahiran teknikal adalah Kemahiran Amali dan Kemahiran Mengorganisasi merupakan komponen kemahiran generik. Hasil analisis mendapati komponen-komponen di dalam kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) memberi pengaruh yang signifikan secara statistik terhadap komponen-komponen penting dalam pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Dalam konteks kajian ini, cadangan Pembelajaran Berasaskan Masalah yang dibangunkan oleh pengkaji diharap dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru-guru mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam untuk digunakan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Khalid, Noorhidayah

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Khalid, Noorhidayah. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) melalui penguasaan kemahiran teknikal dan kemahiran generik bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA). masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.