Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar

Abstract

dc:description.abstract

Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan sebenar di lapangan dapat dilihat dan dianalisa. Projek ini mencadangkan sistem penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk penambahbaikan sistem semasa. Pemampatan imej adalah bertujuan untuk memastikan sistem yang dicadangkan adalah efisyen dari aspek pemprosesan, penghantaran dan penyimpanan. Penyulitan data imej pula bertujuan menjamin keselamatan data imej yang dihantar daripada dicerobohi oleh pemburu haram atau pihak yang tidak berkepentingan. Akhirnya sistem ini akan menghantar imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk memberikan data secara masa nyata kepada pihak berkuasa. Di dalam kajian ini, perisian LabVIEW 2017, perkakasan NI myRIO (penghantar imej) dan komputer (penerima imej) digunakan untuk pembangunan reka bentuk seni bina sistem pemampatan dengan kaedah jelmaan kosinus diskret (DCT), sistem penyulitan dengan kaedah piawaian penyulitan lanjutan (AES) dan penghantaran secara tanpa wayar menggunakan Wi-Fi. Pelaksanaan DCT menggunakan pelantar tatasusunan get boleh aturcara medan (FPGA), membolehkan imej dimampatkan sebanyak 44% dan menjimatkan masa pelaksanaan dalam proses penghantaran. Kualiti imej yang dihasilkan pula merekodkan nilai PSNR yang baik antara 27dB hingga 40dB. Penggunaan AES menjamin keselamatan data dan imej hanya boleh dilihat jika menggunakan kata laluan yang betul. Akhirnya, prototaip pantas penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar merangkumi penderia gerakan dan kamera dibangunkan dengan keupayaan mengesan gerakan, menangkap imej dan menghantar tiga (3) resolusi imej berbeza dengan jarak sehingga 60m.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohd Nadzri, Muhammad Muzakkir

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohd Nadzri, Muhammad Muzakkir. Penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.