{"id":{"repo_id":"uthm","oai_identifier":"oai:eprints.uthm.edu.my:431"},"canonical_url":"https://search.dev.ndltd.org/etd/uthm/oai:eprints.uthm.edu.my:431","repository":{"repo_id":"uthm","name":"Universiti Tun Hussein Onn Malaysia","base_url":"http://eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2"},"display":{"title":"Penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar","abstract":"Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan sebenar di lapangan dapat dilihat dan dianalisa. Projek ini mencadangkan sistem penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk penambahbaikan sistem semasa. Pemampatan imej adalah bertujuan untuk memastikan sistem yang dicadangkan adalah efisyen dari aspek pemprosesan, penghantaran dan penyimpanan. Penyulitan data imej pula bertujuan menjamin keselamatan data imej yang dihantar daripada dicerobohi oleh pemburu haram atau pihak yang tidak berkepentingan. Akhirnya sistem ini akan menghantar imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk memberikan data secara masa nyata kepada pihak berkuasa. Di dalam kajian ini, perisian LabVIEW 2017, perkakasan NI myRIO (penghantar imej) dan komputer (penerima imej) digunakan untuk pembangunan reka bentuk seni bina sistem pemampatan dengan kaedah jelmaan kosinus diskret (DCT), sistem penyulitan dengan kaedah piawaian penyulitan lanjutan (AES) dan penghantaran secara tanpa wayar menggunakan Wi-Fi. Pelaksanaan DCT menggunakan pelantar tatasusunan get boleh aturcara medan (FPGA), membolehkan imej dimampatkan sebanyak 44% dan menjimatkan masa pelaksanaan dalam proses penghantaran. Kualiti imej yang dihasilkan pula merekodkan nilai PSNR yang baik antara 27dB hingga 40dB. Penggunaan AES menjamin keselamatan data dan imej hanya boleh dilihat jika menggunakan kata laluan yang betul. Akhirnya, prototaip pantas penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar merangkumi penderia gerakan dan kamera dibangunkan dengan keupayaan mengesan gerakan, menangkap imej dan menghantar tiga (3) resolusi imej berbeza dengan jarak sehingga 60m.","abstract_html":"Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan sebenar di lapangan dapat dilihat dan dianalisa. Projek ini mencadangkan sistem penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk penambahbaikan sistem semasa. Pemampatan imej adalah bertujuan untuk memastikan sistem yang dicadangkan adalah efisyen dari aspek pemprosesan, penghantaran dan penyimpanan. Penyulitan data imej pula bertujuan menjamin keselamatan data imej yang dihantar daripada dicerobohi oleh pemburu haram atau pihak yang tidak berkepentingan. Akhirnya sistem ini akan menghantar imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk memberikan data secara masa nyata kepada pihak berkuasa. Di dalam kajian ini, perisian LabVIEW 2017, perkakasan NI myRIO (penghantar imej) dan komputer (penerima imej) digunakan untuk pembangunan reka bentuk seni bina sistem pemampatan dengan kaedah jelmaan kosinus diskret (DCT), sistem penyulitan dengan kaedah piawaian penyulitan lanjutan (AES) dan penghantaran secara tanpa wayar menggunakan Wi-Fi. Pelaksanaan DCT menggunakan pelantar tatasusunan get boleh aturcara medan (FPGA), membolehkan imej dimampatkan sebanyak 44% dan menjimatkan masa pelaksanaan dalam proses penghantaran. Kualiti imej yang dihasilkan pula merekodkan nilai PSNR yang baik antara 27dB hingga 40dB. Penggunaan AES menjamin keselamatan data dan imej hanya boleh dilihat jika menggunakan kata laluan yang betul. Akhirnya, prototaip pantas penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar merangkumi penderia gerakan dan kamera dibangunkan dengan keupayaan mengesan gerakan, menangkap imej dan menghantar tiga (3) resolusi imej berbeza dengan jarak sehingga 60m.","abstract_has_math":false,"creators":["Mohd Nadzri, Muhammad Muzakkir"],"institution":"Universiti Tun Hussein Onn Malaysia","degree_name":"mphil","degree_level":"masters","degree_discipline":null,"degree_department":null,"school":null,"contributors":[],"advisors":[],"committee_chairs":[],"committee_members":[],"year":2018,"date_issued":"2018-09","date_published":"2018-09","updated_at":"2026-07-24T05:47:54Z","subjects":["TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television"],"languages":["en"],"rights":[],"rights_urls":[],"identifier_entries":[]},"links":{"outbound_url":null,"outbound_label":null,"outbound_source":null},"metadata_groups":[{"id":"people","label":"People","entries":[{"key":"dc:creator","label":"Author","values":["Mohd Nadzri, Muhammad Muzakkir"]}]},{"id":"academic_context","label":"Academic Context","entries":[{"key":"dc:date","label":"Dc Date","values":["2018-09"]},{"key":"dc:date.issued","label":"Date","values":["2018-09"]},{"key":"dc:publisher.department","label":"Dc Publisher Department","values":["Faculty of Electrical and Electronic Engineering"]},{"key":"dc:publisher.institution","label":"Dc Publisher Institution","values":["Universiti Tun Hussein Onn Malaysia"]},{"key":"dc:relation.isreferencedby","label":"Dc Relation Isreferencedby","values":["http://eprints.uthm.edu.my/431/"]},{"key":"dc:type","label":"Dc Type","values":["Thesis"]},{"key":"dc:type.qualificationlevel","label":"Dc Type Qualificationlevel","values":["masters"]},{"key":"dc:type.qualificationname","label":"Dc Type Qualificationname","values":["mphil"]}]},{"id":"subjects_keywords","label":"Subjects and Keywords","entries":[{"key":"dc:subject","label":"Dc Subject","values":["TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television"]}]},{"id":"language_rights","label":"Language and Rights","entries":[{"key":"dc:language","label":"Dc Language","values":["en"]}]},{"id":"identifiers","label":"Identifiers","entries":[{"key":"dc:identifier.uri","label":"Identifier URI","values":["http://eprints.uthm.edu.my/431/1/24p%20MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/431/2/MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/431/3/MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI%20WATERMARK.pdf"]}]},{"id":"additional","label":"Additional Metadata","entries":[{"key":"dc:description.abstract","label":"Abstract","values":["Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan sebenar di lapangan dapat dilihat dan dianalisa. Projek ini mencadangkan sistem penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk penambahbaikan sistem semasa. Pemampatan imej adalah bertujuan untuk memastikan sistem yang dicadangkan adalah efisyen dari aspek pemprosesan, penghantaran dan penyimpanan. Penyulitan data imej pula bertujuan menjamin keselamatan data imej yang dihantar daripada dicerobohi oleh pemburu haram atau pihak yang tidak berkepentingan. Akhirnya sistem ini akan menghantar imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk memberikan data secara masa nyata kepada pihak berkuasa. Di dalam kajian ini, perisian LabVIEW 2017, perkakasan NI myRIO (penghantar imej) dan komputer (penerima imej) digunakan untuk pembangunan reka bentuk seni bina sistem pemampatan dengan kaedah jelmaan kosinus diskret (DCT), sistem penyulitan dengan kaedah piawaian penyulitan lanjutan (AES) dan penghantaran secara tanpa wayar menggunakan Wi-Fi. Pelaksanaan DCT menggunakan pelantar tatasusunan get boleh aturcara medan (FPGA), membolehkan imej dimampatkan sebanyak 44% dan menjimatkan masa pelaksanaan dalam proses penghantaran. Kualiti imej yang dihasilkan pula merekodkan nilai PSNR yang baik antara 27dB hingga 40dB. Penggunaan AES menjamin keselamatan data dan imej hanya boleh dilihat jika menggunakan kata laluan yang betul. Akhirnya, prototaip pantas penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar merangkumi penderia gerakan dan kamera dibangunkan dengan keupayaan mengesan gerakan, menangkap imej dan menghantar tiga (3) resolusi imej berbeza dengan jarak sehingga 60m."]},{"key":"dc:format","label":"Dc Format","values":["text"]},{"key":"dc:title","label":"Title","values":["Penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar"]}]}],"canonical_facts":{"dc:creator":["Mohd Nadzri, Muhammad Muzakkir"],"dc:date":["2018-09"],"dc:date.issued":["2018-09"],"dc:description.abstract":["Hidupan liar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, bahkan memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem bumi. Hari ini, pelbagai spesies hidupan liar diancam kepupusan. Dalam perkembangan teknologi sistem pengawasan hidupan liar, imej merupakan data input penting yang membolehkan keadaan sebenar di lapangan dapat dilihat dan dianalisa. Projek ini mencadangkan sistem penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk penambahbaikan sistem semasa. Pemampatan imej adalah bertujuan untuk memastikan sistem yang dicadangkan adalah efisyen dari aspek pemprosesan, penghantaran dan penyimpanan. Penyulitan data imej pula bertujuan menjamin keselamatan data imej yang dihantar daripada dicerobohi oleh pemburu haram atau pihak yang tidak berkepentingan. Akhirnya sistem ini akan menghantar imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk memberikan data secara masa nyata kepada pihak berkuasa. Di dalam kajian ini, perisian LabVIEW 2017, perkakasan NI myRIO (penghantar imej) dan komputer (penerima imej) digunakan untuk pembangunan reka bentuk seni bina sistem pemampatan dengan kaedah jelmaan kosinus diskret (DCT), sistem penyulitan dengan kaedah piawaian penyulitan lanjutan (AES) dan penghantaran secara tanpa wayar menggunakan Wi-Fi. Pelaksanaan DCT menggunakan pelantar tatasusunan get boleh aturcara medan (FPGA), membolehkan imej dimampatkan sebanyak 44% dan menjimatkan masa pelaksanaan dalam proses penghantaran. Kualiti imej yang dihasilkan pula merekodkan nilai PSNR yang baik antara 27dB hingga 40dB. Penggunaan AES menjamin keselamatan data dan imej hanya boleh dilihat jika menggunakan kata laluan yang betul. Akhirnya, prototaip pantas penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar merangkumi penderia gerakan dan kamera dibangunkan dengan keupayaan mengesan gerakan, menangkap imej dan menghantar tiga (3) resolusi imej berbeza dengan jarak sehingga 60m."],"dc:format":["text"],"dc:identifier.uri":["http://eprints.uthm.edu.my/431/1/24p%20MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/431/2/MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/431/3/MUHAMMAD%20MUZAKKIR%20MOHD%20NADZRI%20WATERMARK.pdf"],"dc:language":["en"],"dc:publisher.department":["Faculty of Electrical and Electronic Engineering"],"dc:publisher.institution":["Universiti Tun Hussein Onn Malaysia"],"dc:relation.isreferencedby":["http://eprints.uthm.edu.my/431/"],"dc:subject":["TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television"],"dc:title":["Penghantaran imej mampat dan selamat secara tanpa wayar untuk sistem pengawasan hidupan liar"],"dc:type":["Thesis"],"dc:type.qualificationlevel":["masters"],"dc:type.qualificationname":["mphil"]},"updated_at":"2026-07-24T05:47:54Z"}