Back to search

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah

Abstract

dc:description.abstract

Kecerdasan Emosi dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor jantina menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila menghadapi transformasi pendidikan? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi, perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina serta hubungan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (POLIMAS). Kajian ini menggunakan model Goleman yang mempunyai empat domain iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 227 orang pensyarah di POLIMAS telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi. Ujian-t dan ujian korelasi dianalisis bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut jantina dan hubungan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi responden berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat tahap kecerdasan emosi yang signifikan dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di POLIMAS menyebabkan hipotesis persoalan kajian yang ketiga diterima dan persoalan keempat ditolak. Dalam konteks kajian ini, tahap kecerdasan emosi yang tinggi boleh menyumbang kepada komitmen yang tinggi terhadap organisasi seseorang.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Ismail, Farah Najwa

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
related terms
citation

Ismail, Farah Najwa. Kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.