{"id":{"repo_id":"uthm","oai_identifier":"oai:eprints.uthm.edu.my:1464"},"canonical_url":"https://search.dev.ndltd.org/etd/uthm/oai:eprints.uthm.edu.my:1464","repository":{"repo_id":"uthm","name":"Universiti Tun Hussein Onn Malaysia","base_url":"http://eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2"},"display":{"title":"Kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah","abstract":"Kecerdasan Emosi dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor jantina menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila menghadapi transformasi pendidikan? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi, perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina serta hubungan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (POLIMAS). Kajian ini menggunakan model Goleman yang mempunyai empat domain iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 227 orang pensyarah di POLIMAS telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi. Ujian-t dan ujian korelasi dianalisis bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut jantina dan hubungan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi responden berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat tahap kecerdasan emosi yang signifikan dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di POLIMAS menyebabkan hipotesis persoalan kajian yang ketiga diterima dan persoalan keempat ditolak. Dalam konteks kajian ini, tahap kecerdasan emosi yang tinggi boleh menyumbang kepada komitmen yang tinggi terhadap organisasi seseorang.","abstract_html":"Kecerdasan Emosi dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor jantina menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila menghadapi transformasi pendidikan? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi, perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina serta hubungan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (POLIMAS). Kajian ini menggunakan model Goleman yang mempunyai empat domain iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 227 orang pensyarah di POLIMAS telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi. Ujian-t dan ujian korelasi dianalisis bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut jantina dan hubungan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi responden berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat tahap kecerdasan emosi yang signifikan dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di POLIMAS menyebabkan hipotesis persoalan kajian yang ketiga diterima dan persoalan keempat ditolak. Dalam konteks kajian ini, tahap kecerdasan emosi yang tinggi boleh menyumbang kepada komitmen yang tinggi terhadap organisasi seseorang.","abstract_has_math":false,"creators":["Ismail, Farah Najwa"],"institution":"Universiti Tun Hussein Onn Malaysia","degree_name":"mphil","degree_level":"masters","degree_discipline":null,"degree_department":null,"school":null,"contributors":[],"advisors":[],"committee_chairs":[],"committee_members":[],"year":2014,"date_issued":"2014-07","date_published":"2014-07","updated_at":"2026-07-24T05:48:27Z","subjects":["BF Psychology"],"languages":["en"],"rights":[],"rights_urls":[],"identifier_entries":[]},"links":{"outbound_url":null,"outbound_label":null,"outbound_source":null},"metadata_groups":[{"id":"people","label":"People","entries":[{"key":"dc:creator","label":"Author","values":["Ismail, Farah Najwa"]}]},{"id":"academic_context","label":"Academic Context","entries":[{"key":"dc:date","label":"Dc Date","values":["2014-07"]},{"key":"dc:date.issued","label":"Date","values":["2014-07"]},{"key":"dc:publisher.department","label":"Dc Publisher Department","values":["Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional"]},{"key":"dc:publisher.institution","label":"Dc Publisher Institution","values":["Universiti Tun Hussein Onn Malaysia"]},{"key":"dc:relation.isreferencedby","label":"Dc Relation Isreferencedby","values":["http://eprints.uthm.edu.my/1464/"]},{"key":"dc:type","label":"Dc Type","values":["Thesis"]},{"key":"dc:type.qualificationlevel","label":"Dc Type Qualificationlevel","values":["masters"]},{"key":"dc:type.qualificationname","label":"Dc Type Qualificationname","values":["mphil"]}]},{"id":"subjects_keywords","label":"Subjects and Keywords","entries":[{"key":"dc:subject","label":"Dc Subject","values":["BF Psychology"]}]},{"id":"language_rights","label":"Language and Rights","entries":[{"key":"dc:language","label":"Dc Language","values":["en"]}]},{"id":"identifiers","label":"Identifiers","entries":[{"key":"dc:identifier.uri","label":"Identifier URI","values":["http://eprints.uthm.edu.my/1464/1/24p%20FARAH%20NAJWA%20ISMAIL.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/1464/2/FARAH%20NAJWA%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/1464/3/FARAH%20NAJWA%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf"]}]},{"id":"additional","label":"Additional Metadata","entries":[{"key":"dc:description.abstract","label":"Abstract","values":["Kecerdasan Emosi dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor jantina menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila menghadapi transformasi pendidikan? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi, perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina serta hubungan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (POLIMAS). Kajian ini menggunakan model Goleman yang mempunyai empat domain iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 227 orang pensyarah di POLIMAS telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi. Ujian-t dan ujian korelasi dianalisis bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut jantina dan hubungan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi responden berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat tahap kecerdasan emosi yang signifikan dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di POLIMAS menyebabkan hipotesis persoalan kajian yang ketiga diterima dan persoalan keempat ditolak. Dalam konteks kajian ini, tahap kecerdasan emosi yang tinggi boleh menyumbang kepada komitmen yang tinggi terhadap organisasi seseorang."]},{"key":"dc:format","label":"Dc Format","values":["text"]},{"key":"dc:title","label":"Title","values":["Kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah"]}]}],"canonical_facts":{"dc:creator":["Ismail, Farah Najwa"],"dc:date":["2014-07"],"dc:date.issued":["2014-07"],"dc:description.abstract":["Kecerdasan Emosi dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor jantina menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila menghadapi transformasi pendidikan? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi, perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina serta hubungan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (POLIMAS). Kajian ini menggunakan model Goleman yang mempunyai empat domain iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 227 orang pensyarah di POLIMAS telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap komitmen organisasi. Ujian-t dan ujian korelasi dianalisis bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut jantina dan hubungan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi responden berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat tahap kecerdasan emosi yang signifikan dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di POLIMAS menyebabkan hipotesis persoalan kajian yang ketiga diterima dan persoalan keempat ditolak. Dalam konteks kajian ini, tahap kecerdasan emosi yang tinggi boleh menyumbang kepada komitmen yang tinggi terhadap organisasi seseorang."],"dc:format":["text"],"dc:identifier.uri":["http://eprints.uthm.edu.my/1464/1/24p%20FARAH%20NAJWA%20ISMAIL.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/1464/2/FARAH%20NAJWA%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf","http://eprints.uthm.edu.my/1464/3/FARAH%20NAJWA%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf"],"dc:language":["en"],"dc:publisher.department":["Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional"],"dc:publisher.institution":["Universiti Tun Hussein Onn Malaysia"],"dc:relation.isreferencedby":["http://eprints.uthm.edu.my/1464/"],"dc:subject":["BF Psychology"],"dc:title":["Kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah"],"dc:type":["Thesis"],"dc:type.qualificationlevel":["masters"],"dc:type.qualificationname":["mphil"]},"updated_at":"2026-07-24T05:48:27Z"}