Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kerangka peningkatan kompetensi profesional guru sekolah dasar di Daerah Kepulauan Riau Indonesia

Abstract

dc:description.abstract

Kajian lepas menunjukkan bahawa kompetensi profesional guru Sekolah Dasar belum menghasilkan keberkesanan kepada kualiti pendidikan Sekolah Dasar. Tugas dan tanggungjawab yang ditumpukan kepada guru Sekolah Dasar juga didapati belum dijalankan secara baik oleh Kementerian Pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk membangun kerangka peningkatan kompetensi profesional guru Sekolah Dasar di daerah Kepulauan Riau Indonesia. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan exploratory sequential mixed methods design. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua fasa. Fasa awal dijalankan dengan kajian kualitatif yang melibatkan 11 orang pakar dalam bidang pendidikan. Fasa kedua adalah kajian kuantitatif dengan melibatkan seramai 444 responden dari tiga kumpulan fokus iaitu guru, pengetua, dan penyelia dari Sekolah Dasar di Daerah Tanjung Pinang dan Bintan, Kepulauan Riau. Instrumen utama yang digunakan adalah temu bual dan soal selidik. Hasil data soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0. SEM Smart Partial Least Square (PLS) V.3.0 pula digunakan bagi mendapatkan data untuk membangunkan kerangka model kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi profesional guru Sekolah dasar meliputi lima domain iaitu (i) domain menguasai bahan, struktur dan keilmuan mata pelajaran, yang terdiri dari empat elemen; (ii) domain menguasai standard kompetensi dan kompetensi dasar mata pelajaran yang diajar, yang terdiri dari tiga elemen; (iii) domain membangunkan bahan pembelajaran secara kreatif, meliputi lima elemen; (iv) domain membangun profesional berterusan melalui tindakan reflektif, mengandungi empat elemen; dan (v) domain memanfaatkan teknologi, informasi dan komunikasi (TIK) bagi pembangunan diri, dengan empat elemen. Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk membantu pihak yang berkepentingan dalam peningkatan kompetensi profesional guru bukan sahaja di Sekolah Dasar tetapi juga semua peringkat sekolah di daerah Kepulauan Riau Indonesia.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Jepri, Jepri

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Jepri, Jepri. Kerangka peningkatan kompetensi profesional guru sekolah dasar di Daerah Kepulauan Riau Indonesia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.