Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kelestarian kolaborasi antara industri dan politeknik dalam perlaksanaan pembelajaran berasaskan kerja

Abstract

dc:description.abstract

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan kaedah pembelajaran yang melibatkan kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri kerana PBK menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi pendidikan dan pengaplikasian amali di industri. Untuk memastikan kaedah PBK berjalan dengan lancar, maka kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri perlu dititikberatkan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka secara mendalam mengenai kelestarian kolaborasi antara politeknik dan industri dalam tiga program perintis yang menggunakan kaedah PBK menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes pelbagai. Penyelidik menggunakan kaedah temubual secara mendalam dan bersemuka dengan peserta kajian berpandukan protokol separa berstruktur terhadap tiga orang peserta kajian daripada politeknik dan lima orang peserta kajian daripada industri. Hasil temubual yang telah diperolehi telah di transkrip dan dianalisis secara tematik. Hasil daripada penerokaan pengalaman peserta kajian, penyelidik telah mendapati bahawa terdapat dua tema dan enam subtema telah terhasil. Tema yang pertama adalah motivasi dan tiga subtema daripada tema motivasi adalah pengalaman kolaborasi yang lepas, rancangan jangkamasa panjang dan Corporate Social Responsibility. Tema yang kedua adalah win-win situation dan tiga subtema daripada tema win-win situation ialah kesediaan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri, kebolehpasaran pelajar yang menjadi sumber tenaga kerja industri dan perkongsian dan peralihan ilmu antara institusi dan industri. Berdasarkan kepada hasil penyelidikan ini juga, satu rumusan konseptual kelestarian kolaborasi antara institusi dan industri dalam perlaksanan PBK telah dicadangkan sebagai panduan kolaborasi dalam PBK dan diharapkan dapat menjadi rujukan kepada penyelidik lain yang melakukan penyelidikan pengalaman fenomena yang hampir sama dengan penyelidik.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Ismail, Syamhanim

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Ismail, Syamhanim. Kelestarian kolaborasi antara industri dan politeknik dalam perlaksanaan pembelajaran berasaskan kerja. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.