Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar teknologi pembinaan di Kolej Vokasional

Abstract

dc:description.abstract

Kemahiran hijau merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua peringkat umur dan ianya mendasari semua bidang. Individu yang memasuki industri mesti dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan kemahiran hijau. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk membangunkan elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar Teknologi Pembinaan di kolej vokasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat penerokaan berurutan. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa dimana fasa pembangunan elemen (fasa pertama) menggunakan kaedah temu bual dan dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis matriks manakala bagi fasa pengesahan elemen (fasa kedua) menggunakan borang persetujuan pakar bagi mendapatkan data dan dianalisis menggunakan Fuzzy Delphi Method. Hasil daripada temu bual yang melibatkan tiga orang pakar telah menghasilkan 34 kod selepas dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil daripada analisis matriks telah menghasilkan 45 item kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar Teknologi Pembinaan di kolej vokasional. Sebanyak 41 elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar Teknologi Pembinaan di kolej vokasional telah mendapat persetujuan dan diterima oleh 10 orang pakar. Impak terbesar dalam kajian ini adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran hijau bagi menghadapi industri hijau setelah tamat pengajian di kolej vokasional. Kata Kunci: Kemahiran hijau; Kompetensi; Teknologi Pembinaan; Fuzzy Delphi Method.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2021

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Nor Azizi, Muhammad Iqmalhakim

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Nor Azizi, Muhammad Iqmalhakim. Pembangunan elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar teknologi pembinaan di Kolej Vokasional. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2021.