Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Aplikasi padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS)

Abstract

dc:description.abstract

Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (KOMSAS). Kajian kuasi eksperimen yang telah dijalankan ini melibatkan 58 orang responden daripada kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan aplikasi Padlet dan kumpulan kawalan yang diajar melalui kaedah tradisional. Kajian ini menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian-t telah digunakan untuk menganalisis data perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan, manakala peratusan digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra dengan nilai signifikan p = 0.60. Dalam ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dengan nilai signifikan p=0.00. Selain itu, kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Kumpulan eksperimen juga menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS adalah tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan secara tidak langsung menarik minat pelajar dalam pembelajaran cerpen KOMSAS. Implikasi kajian ini ialah guru dapat menggunakan kaedah pengajaran kepada yang lebih menyeronokkan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan berbanding kaedah tradisional.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2017

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Sulakah, Siti Masrah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Sulakah, Siti Masrah. Aplikasi padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS). masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2017.