Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Olahan air sisa pusat penyembelihan ayam menggunakan elektrod keluli tahan karat dan aluminum melalui proses gabungan elektro-penggumpalan dan pengelompokan dan penggumpalan dengan menggunakan aluminum sulfat dan poli-aluminum klorida

Abstract

dc:description.abstract

Air sisa yang terhasil daripada proses penyembelihan adalah tidak sesuai digunakan dalam perindustrian, pertanian dan urusan seharian. Salah satu kaedah olahan yang boleh digunakan untuk merawat air sisa ini adalah kaedah elektro-penggumpalan, di mana kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia terhadap air sisa ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan kaedah elektro-penggumpalan terhadap olahan air sisa dari pusat penyembelihan ayam. Kaedah elektro-penggumpalan ditentukan dengan elektrod aluminium (Al) dan keluli tahan karat (St) yang di susun dengan empat susunan yang berbeza iaitu St+-St-, Al+-Al-, St+-Al- dan Al+-St-. Disamping itu, aluminium sulfat (alum) dan polialuminum klorida (PAC) turut digunakan sebagai pemangkin agen penggumpalan. Lima pemboleh ubah yang berbeza digunakan iaitu ketumpatan arus elektrik, jarak antara elektrod, pH awalan, masa tindak balas dan masa enapan bagi menentukan nilai optimum peratusan penyingkiran keperluan oksigen kimia (COD), pepejal terampai (SS), nitrogen ammonia (NH3-N), kekeruhan dan warna. Penentuan saiz flok sebelum dan selepas olahan juga ditentukan. Berdasarkan keputusan kajian, susunan elektrod Al+-Al- memberikan peratusan penyingkiran terbaik berbanding susunan lain. Nilai optimum ketumpatan arus elektrik, jarak antara elektrod, pH awalan, masa tindak balas dan masa enapan masing-masing adalah 25 A/m2, 5 cm, 5, 75 min dan 40 min. Manakala, peratusan penyingkiran yang diperolehi bagi COD, SS, NH3-N, warna dan kekeruhan masing-masing adalah 90.03%, 94.46%, 62.03%, 95.68% dan 94.96%. Susunan elektrod St+-Al- dengan dos 1000 mg/L agen penggumpal polialuminum klorida (PAC) memberikan bacaan dos optimum terbaik berbanding susunan lain di mana penyingkiran yang diperolehi bagi COD, SS, NH3-N, warna dan kekeruhan masing-masing adalah 94.61%, 97.83%, 76.13%, 99.00% dan 98.62%. Kesimpulannya, kaedah elektro-penggumpalan dapat mengolah air sisa pusat penyembelihan ayam dengan berkesan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2017

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Sakury, Khairudin

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Sakury, Khairudin. Olahan air sisa pusat penyembelihan ayam menggunakan elektrod keluli tahan karat dan aluminum melalui proses gabungan elektro-penggumpalan dan pengelompokan dan penggumpalan dengan menggunakan aluminum sulfat dan poli-aluminum klorida. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2017.