Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan model dalam menentukan profesionalisme dalam profesion perguruan teknikal dan vokasional

Abstract

dc:description.abstract

Pembangunan profesionalisme guru Kolej Vokasional (KV) perlu seiring dengan transformasi pendidikan vokasional bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovatif. Kajian ini tertumpu kepada pembangunan Model Pembangunan Profesionalisme bagi guru KV. Pengumpulan data kajian melibat dua fasa iaitu fasa pertama (kaedah analisis dokumen dan kesahan pakar) dan fasa kedua (kaedah kuantitatif). Menerusi fasa pertama data kajian yang diperoleh dari analisis dokumen, dan kesahan pakar dan dianalisis bagi tujuan meneroka elemen dan sub elemen profesionalisme berdasarkan aspek kompetensi yang diperlukan bagi pembangunan profesionalisme guru KV. Diperkukuhkan dengan persetujuan pakar menerusi dapatan semakan yang dikeluarkan hasil daripada analisis dokumen.. Perisian SPSS digunakan dalam analisis kajian rintis untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach dengan nilai 0.87 Seterusnya dalam fasa kedua, kajian melibatkan 300 orang guru KV seluruh Malaysia. Perisian `Statistical Package for the Social Sciences` (SPSS) versi 20.0 bagi tujuan analisis data di peringkat kajian sebenar. Dapatan nilai min skor dilaksanakan menentukan kesesuaian sub elemen dan keputusan menunjukkan skor yang tinggi bagi setiap sub elemen. Hasil analisis `Multiple Regression` menunjukkan terdapat sumbangan antara elemen kompetensi terhadap Standard Profesionalisme. Dapatan Analisis Komponen Utama `Principal Component Analysis` (PCA) menunjukkan sifat unidimensi setiap elemen telah dapat dibuktikan apabila setiap item yang dibentuk adalah bersifat tidak bersandar serta fit kepada model dan berdasarkan kriteria Model Pengukuran Rasch, maka Model Pembangunan Profesionalisme bagi guru Kolej Vokasional Malaysia dapat dibangun dan disahkan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Sulaiman, Junita

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Sulaiman, Junita. Pembangunan model dalam menentukan profesionalisme dalam profesion perguruan teknikal dan vokasional. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.