Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keberkesanan carta pembelajaran Omygram terhadap tahap pencapaian pelajar PVMA dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi topik plurals

Abstract

dc:description.abstract

Pembinaan bahan bantu belajar untuk tujuan PdPC sememangnya digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengenalpasti keberkesanan carta pembelajaran Omygram terhadap tahap pencapaian pelajar PVMA dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi topik plurals. Kajian ini adalah kuasi-eksperimen yang melibatkan dua buah sekolah menengah harian di daerah Batu Pahat. Instrumen kajian yang digunakan ialah soalan ujian pra dan pasca, soal selidik dan senarai semak. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistic Package For The Social Science Version 22.0 (SPSS). Analisis deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan semasa penganalisaan data. Ujian-t pula digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian antara ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan diberi set soal selidik tentang motivasi pelajar selepas menggunakan carta pembelajaran Omygram dalam PdPC. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara skor ujian pra dengan skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Motivasi pelajar selepas menggunakan carta pembelajaran Omygram juga berada pada tahap tinggi.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Abd Hamid, Ruhiana Idayu

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Abd Hamid, Ruhiana Idayu. Keberkesanan carta pembelajaran Omygram terhadap tahap pencapaian pelajar PVMA dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi topik plurals. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.