Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengaruh pemanduan bas rapid terhadap penggunaan bahan bakar

Abstract

dc:description.abstract

Bilangan kenderaan di atas jalan raya mengalami peningkatan pada setiap tahun. Ianya membawa kepada kesesakan jalan raya terutama di dalam kawasan bandar. Pengangkutan bas awam merupakan pilihan terbaik sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan. Namun begitu, terdapat beberapa halangan daripada pengusaha syarikat bas itu sendiri untuk memberi dan mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada penumpang pada tahap yang memuaskan. Kos operasi bas merupakan salah satu faktor yang memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan bas. Sebanyak 50% kos operasi bas yang perlu ditanggung oleh pengusaha bas terdiri daripada bahan bakar. Oleh itu, kajian ini diperlukan untuk mengkaji pemanduan bas dalam kawasan bandar dan kesannya terhadap penggunaan bahan bakar. Objektif utama kajian ini adalah mentafsirkan jumlah penggunaan bahan bakar bagi pemanduan bas dalam kawasan bandar dan seterusnya menentukan pemanduan bas yang menggunakan jumlah bahan bakar tinggi. Data yang dikumpul adalah pada keadaan sebenar melibatkan dua laluan di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan alat Sistem Kedudukan Global (GPS). Data yang diperolehi kemudian dimodelkan dengan menggunakan perisian SIDRATRIP. Analisis menunjukkan bahawa pecutan merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bahan bakar. Penggunaan bahan bakar paling tinggi adalah pada julat pecutan 2.01 m/s2 hingga 2.50 m/s2. Pemanduan dari keadaan pegun untuk 30km/j pertama memberi kesan penggunaan bahan bakar tinggi sebanyak 67% kadar kenaikan kerana pemandu menggunakan kadar pecutan yang tinggi. Seterusnya, kelajuan 30km/j – 70km/j hanya memberi kesan sebanyak 10% kadar kenaikan penggunaan bahan bakar. Manakala, kelajuan yang melebihi 70km/j memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahan bakar tinggi sebanyak 19% kadar kenaikan. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan pecutan yang tinggi akan memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahan bakar.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2016

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Amir, Ahmad Irsyaduddin

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Amir, Ahmad Irsyaduddin. Pengaruh pemanduan bas rapid terhadap penggunaan bahan bakar. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2016.