Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kesan abu kulit kupang (perna viridis) sebagai bahan tambah di dalam konkrit terhadap pengawetan larutan sodium klorida

Abstract

dc:description.abstract

Kulit kupang merupakan sisa akuakultur yang semakin meningkat seiring dengan penghasilan ternakan kupang di kawasan perairan Malaysia. Berdasarkan kajian terdahulu, kulit kupang sesuai digunakan di dalam campuran konkrit kerana komposisi kalsium karbonat (CaCO3) yang tinggi iaitu melebihi 95% yang berpotensi menjadi bahan pengisi di dalam meningkatkan kebolehkerjaan serta ketahanan konkrit. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada penggunaan sisa kulit kupang serta keupayaannya apabila diaplikasikan sebagai bahan tambah di dalam campuran konkrit normal. Sisa kulit kupang ini dihancurkan menggunakan mesin pengisar bebola dan melepasi saiz ayakkan 75μm. Peratusan abu kulit kupang yang digunakan di dalam campuran konkrit adalah 0% (KN), 1% (KAKK1), 2% (KAKK2), 3% (KAKK3) dan 4% (KAKK4) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 145 sampel. Kesemua sampel kemudiannya diawet menggunakan larutan sodium klorida (2.73%) dengan tempoh pengawetan 7, 28 dan 90 hari. Penyelidikan adalah melalui analisis serakan partikel (PSD), graviti tentu, masa pengerasan, ujian runtuhan, imbasan imej SEM (Scanning Electron Microscopy), analisis SEM-EDX (Energy Dispersive X-Ray), XRD (X-Ray Difraction), kekuatan mampatan, kekuatan tegangan pemisah dan serapan kapilari air air. Hasil daripada kesemua ujikaji setiap sampel, didapati konkrit KAKK1 memberikan nilai peratusan yang optimum. Berdasarkan analisis statistik yang dijalankan, peratusan campuran optimum abu kulit kupang yang sesuai adalah KAKK1 di mana ianya memberikan nilai signifikan kepada ciri mekanikal konkrit iaitu kekuatan mampatannya dengan nilai p<0.007, serapan kapilari air konkrit dengan p<0.008 bagi kebolehtelapannya dan hubungan korelasi yang kuat iaitu r=0.99 dan - 0.93. Melalui peratusan ini, konkrit memberikan ciri-ciri positif terhadap kekuatan dan keupayaan apabila terdedah kepada persekitaran sodium klorida.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Sainudin, Muhammad Shabery

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Sainudin, Muhammad Shabery. Kesan abu kulit kupang (perna viridis) sebagai bahan tambah di dalam konkrit terhadap pengawetan larutan sodium klorida. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.