Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Amalan dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor

Abstract

dc:description.abstract

Mewakafkan harta adalah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia merupakan satu kaedah kebajikan selain daripada bersedekah. Pahala yang diterima akan berterusan diberikan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi mana harta tersebut dimanfaatkan oleh umat manusia. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Faktor-faktor penyebab yang dapat dikenalpasti adalah kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk manfaat umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, kajian tentang isu-isu penyelesaian dalam pengurusan pembangunan tanah wakaf di Johor juga akan dilaksanakan serta mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah dalam penambahbaikan pengurusan pentadbiran tanah wakaf. Dapatan kajian diperoleh melalui tebaran borang soal selidik ke atas pegawai wakaf dan ketua kampung di seluruh daerah negeri Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan aplikasi “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) v.17”. Hasil analisis menunjukkan wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi memajukan tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, cadangan pembentukan Pelan Induk Transformasi Pembangunan Tanah Wakaf Johor dihasilkan bagi menjamin tahap panduan yang baik untuk memajukan tanah-tanah wakaf berkenaan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Abdul Khalim, Mustapahayuddin

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Abdul Khalim, Mustapahayuddin. Amalan dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.