Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan modul pengintegrasian domain kognitif dan strategi pengajaran dalam kemahiran berfikir aras tinggi guru teknikal

Abstract

dc:description.abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah memainkan peranan penting dalam pembelajaran pendidikan. KBAT merupakan datu set kemahiran dalam konsep yang menggalakkan individu terutamannya pelajar berfikir sesuatu di luar kotak. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan kekuatan yang berbeza dalam pembelajaran serta KBAT boleh menjadi rangsangan untuk membangunkan cara pembelajaran yang baharu. Kajian ini adalah kajian pembangunan produk untuk menganalisis keperluan kajian pengintegrasian domain kognitif dan strategi pengajaran dalam KBAT guru teknikal dan membangunkan modul pengintegrasian domain kognitif dan strategi pengajaran dalam KBAT guru teknikal. Seramai 364 orang guru teknikal dipilih secara rawak sebagai sampel kajian untuk menganalisis keperluan kajian ini. Manakala dalam proses pembangunan modul, seramai 10 orang guru teknikal yang terdiri daripada lima bidang utama yang ditawarkan dalam kolej vokasional sebagai pengguna modul untuk mengenal pasti kesesuaian dari segi reka bentuk, kandungan dan kebolehgunaan modul pengintegrasian domain kognitif dan strategi pengajaran dalam KBAT guru teknikal. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan domain kognitif dan strategi pengajaran dalam KBAT guru teknikal adalah lemah dan terdapat hubungan sederhana positif yang signifikan antara domain kognitif dan strategi pengajaran dalam KBAT guru teknikal. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa modul pengintegrasian domain kognitif dan strategi pengajaran dalam KBAT adalah sesuai dari segi reka bentuk, kandungan dan boleh digunakan oleh guru teknikal. Secara kesimpulan, imlpikasi modul pengintegrasian ini dapat memberi sumbangan sebagai bahan bacaan kepada para guru teknikal untuk mengaplikasi KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Koh, Hie Ping

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Koh, Hie Ping. Pembangunan modul pengintegrasian domain kognitif dan strategi pengajaran dalam kemahiran berfikir aras tinggi guru teknikal. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.