Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Flora dan fauna dalam mitos Suku Kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor

Abstract

dc:description.abstract

Mitos merupakan satu penyampaian maklumat berbentuk lisan dalam masyarakat terdahulu, dipercayai dan dihormati. Dalam era moden ini lazimnya mitos dianggap bukan sesuatu yang berasas kepada kenyataan. Namun jika diteliti dan dikaitkan dengan sains tabii ternyata setiap mitos mempunyai maksudnya tersendiri. Kajian ini meneroka dan mendokumen mitos masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor yang kemudian dikaitkan dengan sains tabii. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temubual bersemuka dan juga kaedah kuantitatif untuk pengiraan berkenaan peratusan mitos tersebut. Responden dipilih secara kesan salji bagi mendapatkan maklumat tentang cerita mitos dalam masyarakat berkenaan. Seramai 30 responden telah ditemubual. Hasil menunjukkan dalam tempoh kajian selama 14 bulan, mitos yang didokumenkan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mitos berkaitan flora, fauna dan serangga. Secara keseluruhan sejumlah 54 mitos telah didokumenkan. Mitos berkaitan fauna, merupakan jenis yang tinggi peratusan yang disebut dan didokumenkan. Dalam kertaskerja ini beberapa contoh mitos dijelaskan bagi mengupas ciri-ciri dan kegunaan mitos. Antara ciri yang dibincangkan ialah mitos bertujuan mengekalkan tradisional dalam perubatan, mengawal tingkah laku, sebagai ramalan, memupuk erti kesyukuran, menjulang martabat, moraliti, kedewasaan, penjelasan mengenai fenomena dunia, penjelasan secara morfologi dan fisiologi. Dikupas dari aspek kegunaan moden, mitos boleh dijadikan aspek keselamatan serta pemuliharaan pada masa kini dan masa akan datang. Kertaskerja ini menyimpulkan bahawa kerana ciri-ciri mitos itu sangat berperanan dalam pembudayaan masyarakat Orang Asli, oleh itu mitos perlu dipertahan, didokumen dan diwar-warkan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Kemalok, Jai

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Kemalok, Jai. Flora dan fauna dalam mitos Suku Kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.