Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penggunaan Frog-Vle dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah : perbandingan antara sekolah rendah bandar dan luar bandar Daerah Kluang

Abstract

dc:description.abstract

Frog-VLE diistilahkan sebagai intranet melalui Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi melalui platform yang diwujudkan dengan kerjasama projek 1BestariNet pada tahun 2011 . Ia merupakan satu inovasi untuk penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Frog-VLE menawarkan satu kaedah pembelajaran yang mudah dan fleksibel. Ia membolehkan proses pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Frog-VLE mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara lebih aktif. Ia bertujuan agar tahap pendidikan di sekolah adalah seiring tanpa mengira lokasi sekolah bandar mahupun luar bandar. Biarpun jelas akan keprihatinan dan tanggungjawab pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan dan melengkapkan kemudahan tersebut, namun terdapat segelintir dikalangan guru belum sepenuhnya memaksimumkan penggunaan dan memanfaatkan Frog-VLE di sekolah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan,tahap kemahiran dan tahap kepuasan menggunakan kemudahan Frog-VLE di kalangan guru sekolah rendah di bandar dan luar bandar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 255 orang guru sekolah rendah Daerah Kluang yang menggunakan Frog-VLE secara aktif melalui kaedah tinjauan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan menggunakan soal selidik untuk direkod dan dianalisis. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data - data ini iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Analisis inferens parametrik iaitu ujian-t dijalankan bagi menganalisis perbandingan antara dua kumpulan iaitu guru sekolah bandar dan luar bandar. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa responden bandar dan luar bandar mempunyai tahap yang lebih kurang sama dan tiada perbezaan terhadap penggunaan (p>0.05 = 0.991), tahap kemahiran (p>0.05 = 0.128) dan tahap kepuasan penggunaan Frog-VLE (p>0.05 =0.374). Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk membuat kajian lanjutan pada masa akan datang.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Suliman, Idawati

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Suliman, Idawati. Penggunaan Frog-Vle dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah : perbandingan antara sekolah rendah bandar dan luar bandar Daerah Kluang. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.