Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Faktor-faktor kejayaan PERHEBAT sebagai institusi latihan dalam melahirkan usahawan

Abstract

dc:description.abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor kejayaan PERHEBAT sebagai institusi latihan dalam melahirkan usahawan dalam kalangan vateren ATM. Justeru itu, kajian ini adalah mengenengahkan satu komuniti yang boleh dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan sebagai inisiatif melahirkan usahawan di Malaysia. Oleh itu kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan berbentuk kajian kes bagi meneroka dan mendapat pemahaman yang mendalam tentang kes ini. Temu bual dijalankan ke atas tiga orang peserta kajian yang terdiri daripada pihak pentadbir, tenaga pengajaran dan alumni PERHEBAT. Dokumen-dokumen asli yang diperolehi dari pihak PERHEBAT juga dijadikan bahan kajian. Analisis data menggunakan kaedah ‘termatic’ dengan bantuan perisian Nvivo versi 12, mendapati bahawa terdapat tiga faktor kejayaan PERHEBAT sebagai institusi latihan dalam melahirkan usahawan iaitu strategi, program latihan serta sokongan tenaga pengajar. Faktor-faktor yang didapati dalam kajian ini perlu diketengahkan dan dijadikan panduan bagi membantu isu pesara untuk mendapatkan sumber kemahiran dan ilmu berkaitan keusahawanan yang mengikut peredaran zaman. Selain itu, pesara juga dapat merancang hala tuju mereka lebih awal selepas besara. Justeru, kajian ini mendapati bahawa PERHEBAT boleh dijadikan satu penanda aras kepada pihak berkepentingan sebagai satu langkah inisiatif bagi membantu para pesara merancang masa depan mereka. Peranan kerajaan, NGO, institusi-institusi awam dan swasta sangat penting dalam membantu pesara-pesara menimba ilmu keusahawanan untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka setelah mereka bersara.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Habibollah, Nurun Naemah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Habibollah, Nurun Naemah. Faktor-faktor kejayaan PERHEBAT sebagai institusi latihan dalam melahirkan usahawan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.