Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan CD interaktif pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu tingkatan 2

Abstract

dc:description.abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangun dan membuat penilaian ke atas CD Interaktif melalui penggunaan pendekatan strategi pembelajaran tutorial bagi tajuk Ternakan Ikan Air Tawar. CD Interaktif ini disediakan mengikut sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. CD Interaktif ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Abobe Flash CS6 dengan berasaskan Model ADDIE. Pengujian Alfa dan pengujian Beta telah dilakukan dalam membangunkan CD Interaktif ini. Dalam kajian ini, teknik persampelan bertujuan digunakan dan seramai 3 orang pakar bidang serta 3 orang pakar media terlibat sebagai responden bagi menentukan kebolehfungsian CD Interaktif yang dibangunkan. Bagi mengenal pasti tahap kebolehgunaan CD Interaktif, seramai 103 orang pelajar tingakatan 2 terlibat sebagai responden kajian dengan mengisi borang soal selidik berskala Likert empat mata. Hasil dapatan kajian mendapati, ketiga-tiga orang pakar bidang dan pakar media bersetuju bahawa CD Interaktif ini telah menepati kriteria kebolehfungsian yang telah ditetapkan. Pelajar pula bersetuju bahawa tahap kebolehgunaan CD interaktif ini berada di tahap yang tinggi.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Md Omar, Noor Hafiza

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Md Omar, Noor Hafiza. Pembangunan CD interaktif pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu tingkatan 2. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.