Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hubungan di antara pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian

Abstract

dc:description.abstract

Pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pada keseluruhannya disampaikan melalui internet dan berinteraksi dalam mod pembelajaran jarak jauh. Kepentingan pembelajaran atas talian terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran telah ditekankan dalam pelbagai kajian lepas. Walaubagaimanpun,tahap penerimaan dan pengaplikasian platform ini masih berada pada tahap yang membimbangkan, terutamanya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Lantaran itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian. Kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen ini melibatkan seramai 234 orang pensyarah yang terdapat di enam buah fakulti di UTHM. Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah statistik deskriptif iaitu min dan statistik inferensi melalui kolerasi Pearson untuk mengkaji hubungan antara pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian adalah tinggi. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian (r=.739, p 0.00,p>0.05). Kesimpulannya, kajian ini berpotensi menjadi rujukan untuk penambahbaikan perlaksanaan pembelajaran atas talian bagi merealisasikan hasrat KPM untuk meningkatkan kualiti penyampaian atas talian yang bertaraf global.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Ahmad, Muhammad Faris

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Ahmad, Muhammad Faris. Hubungan di antara pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.