Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tahap kepuasan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Abstract

dc:description.abstract

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu transformasi sistem pendidikan di Malaysia yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang holistik serta seimbanag dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah menengah harian biasa di Sarawak. Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 242 orang guru yang mengajar KHB di sekolah menengah harian biasa dari lima bahagian terpilih di negeri Sarawak dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS berada pada tahap sederhana (M=3.12; SD=0.96). Selain itu, hasil analisis ANOVA sehala dan ujian-t menunjukkan bahawa faktor demografi seperti pengalaman mengajar (F (5, 236) = 0.77; p>0.05), opsyen (t (240) = 0.81; p>0.05) dan umur guru (F (3, 238) = 1.14; p>0.05) tidak mempengaruhi kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBS. Tambahan pula, hasil daripada Pemodelan Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modeling – SEM) menunjukkan bahawa model yang mewakili faktor-faktor yang menggambarkan aspek keberkesanan kursus yang dihadiri oleh guru, tahap penguasaan hasil pembelajaran pelajar, beban kerja guru serta pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah merupakan model yang sesuai dan sah. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pihak yang berkaitan dalam usaha mengoptimumkan tahap kepuasan guru dalam pelaksanaan PBS.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Chong, Siaw Chee

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Chong, Siaw Chee. Tahap kepuasan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.