Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mekanisme pemerkasaan peranan da’i dalam dakwah bil hal: analisis tematik surah al-Taubah

Abstract

dc:description.abstract

Dakwah merupakan aktiviti yang penting bagi mengajak masyarakat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Aktiviti dakwah boleh dilaksanakan melalui dakwah bil lisan dan dakwah bil hal. Namun, dalam konteks Malaysia, dakwah bil lisan dilihat lebih dominen dan menjadi pilihan para da’i berbanding dakwah bil hal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep dakwah bil hal dalam al-Quran dan al-Sunnah, menganalisis ciri-ciri da’i bil hal dalam surah al-Taubah dan membina mekanisme pemerkasaan peranan da’i dalam dakwah bil hal berdasarkan surah al-Taubah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian adalah analisis dokumen yang terdiri daripada 50 ayat daripada surah al-Taubah yang dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian telah mengenalpasti 3 aspek utama yang mewakili 50% (25 ayat) menepati aspek pendekatan, aspek tindakan 40% (20 ayat) dan aspek sasaran 10% (10 ayat). Justeru, peranan da’i dalam dakwah bil hal dapat dipertingkatkan melalui kerangka mekanisme yang komprehensif. Implikasi kajian menunjukkan dakwah bil hal merupakan metode dakwah yang sama penting dengan dakwah bil lisan dan ia perlu dijadikan alternatif terbaik dalam konteks dakwah semasa. Maka, kerangka pemerkasaan dakwah bil hal da’i ini berupaya memperbaiki usaha dakwah mreka.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Abdul Razak, Azizul Azra

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Abdul Razak, Azizul Azra. Mekanisme pemerkasaan peranan da’i dalam dakwah bil hal: analisis tematik surah al-Taubah. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.