Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hubungan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap kemahiran teknikal di Institusi German Malaysia

Abstract

dc:description.abstract

Tenaga kerja mahir menjadi satu keperluan dalam mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah mengikut keperluan industri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemindahan pengetahuan dari aspek faktor individu dan faktor persekitaran di samping mengenal pasti perhubungan antara kedua faktor tersebut terhadap kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan 170 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar diploma kursus Tool & Die Technology, Mould Technology, Product Design & Manufacturing, dan Engineering Technology CNC Precision Technology di Jabatan Teknologi Pengeluaran, Institusi German Malaysia (GMI). Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 22.0 (SPSS). Hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian Pekali Korelasi “Pearson Correlation Coefficient”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemindahan pengetahuan bagi ketiga-tiga aspek berada pada tahap tinggi iaitu aspek faktor individu (skor min 4.09), aspek faktor persekitaran (skor min 4.06) dan aspek Kemahiran Teknikal (skor min 4.17). Bagi analisis dapatan kajian Ujian Pekali Korelasi “Pearson Correlation Coefficient” menunjukkan bahawa hubungan faktor individu dengan kemahiran teknikal adalah sederhana dari segi kaedah (0.602), prosedur (0.594) dan teknik (0.615). Manakala analisis hubungan faktor persekitaran dengan kemahiran teknikal pula mempunyai hubungan positif yang sederhana dari segi kaedah (0.647), prosedur (0.557) dan teknik (0.541). Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memberi gambaran mengenai hubungan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Md Roslan, Aira Shazwani

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Md Roslan, Aira Shazwani. Hubungan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap kemahiran teknikal di Institusi German Malaysia. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.