Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penguasaan komunikasi bahasa arab melalui kaedah aktif komunikatif di sekolah menengah agama

Abstract

dc:description.abstract

Penguasaan bahasa Arab terutama pertuturan merupakan salah satu matlamat utama pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah agama mahupun pondok pesantren yang ada di Indonesia. Kaedah Aktif Komunikatif (KAK) merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar menguasai pertuturan bahasa Arab, kaedah ini juga telah lama dijalankan di Pondok Pesantren Wali Songo (PPWS). Tujuan kajian ini adalah mengetahui bagaimanakah proses pelaksanaan KAK di PPWS. Selain itu juga bertujuan melihat masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan KAK, kesan KAK dalam menguasai pertuturan bahasa Arab serta merekabentuk kaedah pembelajaran yang boleh dijadikan alternatif dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif melalui kaedah temu bual yang melibatkan 12 orang peserta kajian juga pemerhatian serta analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pelaksanaan KAK ada dua iaitu di dalam kelas dan diluar kelas dengan melalui pelbagai aktiviti seperti penambahan kosa kata dan kalimat, soal jawab, penyelesaian masalah dll, serta melibatkan pelbagai pihak seperti pelajar, rakan sebaya, muharrikah al-Lughah, guru serta pengetua. Kelemahan penggunaan tata bahasa Arab (Nahwu & Sharaf ) merupakan salah satu masalah yang dihadapi pelajar, selain itu terlupa bertutur bahasa Arab serta malu dan takut salah juga merupakan salah satu masalah dalam pelaksanaan KAK. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan KAK memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Arab terutama pertuturan, penambahan kosa kata, kalimat, serta meningkatkan pemahaman terhadap kitab-kitab berbahasa Arab. Melalui dapatan kajian di atas pengkaji mencadangkan satu kerangka pembelajaran bahasa Arab berdasarkan KAK yang boleh dijadikan sebagai alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran bahasa asing sama ada di Indonesia mahupun Malaysia.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2017

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Irchamni, Siti Marpuah

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Irchamni, Siti Marpuah. Penguasaan komunikasi bahasa arab melalui kaedah aktif komunikatif di sekolah menengah agama. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2017.