Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keberkesanan pengaplikasian e-modul semiconductor devices menggunakan augmented reality bagi Pelajar Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Merlimau, Melaka

Abstract

dc:description.abstract

Augmented Reality (AR) kini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, salah satunya adalah dalam bidang pendidikan. Pada masa kini, aplikasi AR dapat diintegrasikan untuk meningkatkan standard kurikulum yang digunakan, seperti teks, grafik, video, dan audio yang boleh dilapisi dengan persekitaran pelajar secara real-time supaya mereka dapat belajar dengan lebih baik. AR, dapat menghasilkan maklumat tambahan kepada pelajar yang dipaparkan dalam multimedia. Kekurangan pengetahuan dan teknik pengajaran menggunakan teknologi terkini sebagai ABBM memberikan kesan kepada pencapaian pelajar dalam pelajaran, Teknik pengajaran oleh pensyarah yang hanya menggunakan buku seperti yang berlaku pada pelajar Politeknik turut menjadi punca kepada kegagalan pelajar dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk membangunkan e-Modul Semiconductor Devices menggunakan AR sebagai salah satu ABBM yangmenarik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar DiplomaKejuruteraan Elektronik di Politeknik Merlimau, Melaka. Kajian kuasi-eksperimental menggunakan ujian pra dan pasca telah dijalankan kepada 40 orangpelajar yang dibahagikan kepada dua kumpulan terdiri daripada kumpulan rawatandan kumpulan kawalan bagi mengkaji keberkesanan pengaplikasian e-ModulSemiconductor Devices menggunakan AR sama ada memberi kesan langsung ke ataspencapaian pelajar atau sebaliknya. Kajian mendapati pengaplikasian e-ModulSemiconductor Devices menggunakan AR memberi kesan positif kepada pencapaianpelajar.Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 22 digunakanbagi memudahkan proses penganalisaan data. Hasil analisis soal selidikmenunjukkan keseluruhan skor min bagi mengenalpasti tahap penerimaan pelajaryang menggunakan e-Modul Semiconductor Devices menggunakan aplikasi AR dariaspek reka bentuk, aspek kandungan dan dari aspek kebolehgunaan berada padatahap yang tinggi.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Johar, Siti Hajar

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Johar, Siti Hajar. Keberkesanan pengaplikasian e-modul semiconductor devices menggunakan augmented reality bagi Pelajar Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Merlimau, Melaka. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.