Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kaedah pengajaran yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu

Abstract

dc:description.abstract

Tenaga pengajar yang bertugas di institut memandu memainkan peranan yang penting untuk mendidik dan melahirkan seorang pemandu yang berkemahiran dalam pemanduan kenderaan. Objektif kajian ini ialah untuk (i) mengenal pasti kaedah mengajar dominan yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institusi memandu, (ii) mengenal pasti perbezaan kaedah mengajar yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu berdasarkan kepada data demografi dan (iii) mengenal pasti persepsi tenaga pengajar di institut memandu terhadap kemahiran pemanduan pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan instrumen berskala Likert. Seramai 60 responden yang terdiri daripada tenaga pengajar dalam daerah Batu Pahat Johor dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Data di analisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 dengan mencari nilai skor min, ujian t-tidak bersandar dan ujian ANOVA. Hasil analisis mendapati kaedah mengajar dominan yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu adalah kaedah tunjuk cara dengan skor min sebanyak 4.71. Pengkaji mendapati kaedah mengajar seperti kaedah secara langsung, kuliah, koperatif dan penemuan berpandu juga diamalkan di institut memandu. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kaedah mengajar yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu dalam daerah Batu Pahat berdasarkan kepada jantina dan kelayakan akademik tenaga pengajar. Secara keseluruhannya, persepsi tenaga pengajar di institut memandu terhadap kemahiran pemanduan pelajar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min sebanyak 4.65. Hasil kajian ini diharap dapat membantu tenaga pengajar di institut memandu untuk sentiasa berusaha dalam meningkatkan lagi dan menguasai kemahiran mengajar yang melibatkan pengajaran praktikal dalam kawalan dan pengendalian kenderaan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Sulaiman, Shafiza Eliza

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Sulaiman, Shafiza Eliza. Kaedah pengajaran yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.