Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kesediaan pelajar terhadap kit 'Smart CCTV' bagi pelajar teknologi elektronik di Kolej Vokasional

Abstract

dc:description.abstract

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran perlu dipelbagaikan bagi memudahkan dan membantu pelajar dari segi kefahaman yang mendalam dalam subjek yang dipelajarinya.Kajian ini ingin membangunkan satu produk Kit ‘Smart CCTV’ sebagai ABBM dan mengkaji persepsi pelajar mengenai kefahaman kepada pelajar terhadap topik Pemasangan Perkakasan Elektronik sistem litar tertutup televisyen (CCTV) dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor bagi pelajar aliran Teknologi Elektronik di kolej vokasional. Reka bentuk kajian ada dua bahagian iaitu reka bentuk pembangunan produk yang menggunakan model ‘Rapid Prototype’dan kajian deskriptif kaedah tinjauan untuk kajian keseluruhan. Analisis kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai yang menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2016. Reka bentuk pembangunan produk kit ‘Smart CCTV’ amat sesuai sebagai ABBM. Dapatan analisis bagi persepsi pelajar terhadap penggunaan ABBM keseluruhannya skor min ketiga-tiga domain; kognitif, psikomotor dan afektif, masing-masing mempunyai skor min 3.25, 3.21 dan 3.30, maka ketiga-tiga domain memberikan kesan yang sama terhadap pelajar berkenaan dengan penggunaan ABBM kit ‘Smart CCTV’. Hasil kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru di kolej vokasional untuk menggunakan ABBM dalam PdP serta panduan kepada pengkaji lain untuk meneruskan kajian berkenaan dengan penggunaan ABBM terhadap pencapaian pelajar.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Khalid, Noor Nadhirah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Khalid, Noor Nadhirah. Kesediaan pelajar terhadap kit 'Smart CCTV' bagi pelajar teknologi elektronik di Kolej Vokasional. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.