Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan di hospital kerajaan negeri Kelantan
Abstract
dc:description.abstractPermasalahan kajian ini adalah menentukan kelemahan pengurusan risiko bencana banjir pada fasa pencegahan di hospital kerajaan. Kelemahan ini telah memberikan kesan kepada pengurusan dari segi fizikal seperti kerosakan struktur bangunan, peralatan perubatan dan bukan perubatan. Kelemahan ini juga turut memberi gangguan kepada infrastruktur hospital (elektrik, air bersih, gas perubatan, komunikasi) seterusnya memberi kesan kepada perkhidmatan harian hospital. Kajian ini bermatlamat membangunkan kerangka kerja pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan di hospital-hospital kerajaan. Kajian ini dijalankan di negeri Kelantan. Lapan responden dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan untuk pengumpulan data kualitatif (temubual mendalam). Kaedah kualitatif (temubual) digunakan untuk mencapai objektif pertama kajian. Selain itu, 172 responden dipilih melalui kaedah pensampelan snow ball untuk pengumpulan data kuantitatif (soal selidik) bagi mencapai objektif kedua kajian. Analisis kandungan digunakan untuk data kualitatif dan analisis data deskriptif dan inferensi diaplikasi bagi data kuantitatif. Hasil daripada temubual mendapati bahawa kaedah pencegahan telah dikenal pasti melalui kaedah struktur dan bukan struktur. Manakala hasil kajian melalui soal selidik juga diperolehi daripada kaedah bukan struktur dengan membuat penilaian terhadap pengetahuan, sikap dan amalan. Hasil kajian daripada soal selidik mendapati bahawa, pengetahuan terhadap Radio Amatur dan tanda T perlu diberi pendedahan kepada kakitangan dalaman hospital. Selain itu, latihan komunikasi dan penggunaan nama panggilan call sign perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan kakitangan dalaman hospital untuk persiapan banjir pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa kaedah terbaik yang diperolehi melalui kaedah struktur dan bukan struktur menghasilkan kerangka kerja pengurusan risiko bencana banjir untuk fasa pencegahan. Penghasilan kerangka kerja ini bertujuan untuk mengurangkan risiko bencana banjir di hospital kerajaan di Kelantan.
Degree
thesis:*- Name dc:type.qualificationname
- phd
- Level dc:type.qualificationlevel
- doctoral
- Grantor dc:publisher.institution
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Year dc:date.issued
- 2018
Author and committee
dc:creator, dc:contributor.*- Author dc:creator
-
- Yusoff, Noor Ain
Subjects
dc:subject × 1Rights
- Language dc:language
- en