Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kualiti dan keberkesanan bimbingan manasik bagi jemaah haji Daerah Bintan Kepulauan Riau Indonesia
Abstract
dc:description.abstractIbadah haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam yang menjadi kewajiban keatas umat Islam yang mampu mengerjakannya. Namun, didapati sebahagian dari bakal jemaah tidak dapat memahami modul bimbingan akibat dari pada tenaga pengajar yang kurang berkelayakan. Oleh itu kajian ini adalah untuk menilai sistem bimbingan yang berkesan untuk jemaah haji dan mencadangkan kerangka bimbingan yang berkualiti dan berkesan. Kajian ini merupakan reka bentuk Exploratory sequential iaitu reka bentuk pembangunan instrument dan kerangka. Tujuan reka bentuk ini adalah untuk meramalkan penemuan kualitatif kepada sampel yang lebih besar.Ia mendapatkan 8 orang pakar temu bual dan 120 orang responden. Hasil kajian menunjuk sistem bimbingan manasik haji sedia ada berada pada tahap sederhana. Kajian ini telah mencadangkan satu kerangka bimbingan yang berkualiti dan berkesan bagi memastikan ibadah haji tersebut mencapai matlamat yang ditetapkan syariat. Implikasi kajian menunjukkan kerangka bimbingan manasik haji yang dihasilkan dapat membantu kepada pembimbing manasik dan bakal jemaah dalam meningkatkan tahap kefahaman dalam melaksanakan ibadah ini.
Degree
thesis:*- Name dc:type.qualificationname
- phd
- Level dc:type.qualificationlevel
- doctoral
- Grantor dc:publisher.institution
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Year dc:date.issued
- 2018
Author and committee
dc:creator, dc:contributor.*- Author dc:creator
-
- H. Abdullah, Erizal
Subjects
dc:subject × 1Rights
- Language dc:language
- en