Back to results

Universiti Sains Malaysia

Permodelan faktor-faktor pencapaian Sains TIMSS Malaysia 2011

Abstract

dc:description.abstract

Secara umumnya, TIMSS adalah suatu penilaian berskala besar dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukur tahap pencapaian pelajar gred ke-4 dan gred ke-8 dalam pendidikan matematik dan sains di peringkat antarabangsa. Kajian TIMSS dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) serta dilaksanakan empat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007 dan kini pada tahun 2011. Secara keseluruhannya pencapaian sains dalam TIMSS Malaysia adalah membimbangkan. Skor Malaysia berada di bawah skor purata TIMSS bermula TIMSS 2003. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana konteks rumah, konteks bilik darjah dan konteks sekolah mempengaruhi pencapaian sains pelajar dalam TIMSS 2011 berdasarkan perbezaan kumpulan jantina. Kajian ini melibatkan seramai 5733 responden daripada 180 buah sekolah menengah di Malaysia berdasarkan data TIMSS 2011. Persampelan rawak menggunakan teknik persampelan kluster berstrata dua peringkat dilakukan dalam memilih sampel kajian. Kajian ini turut mencadang sebuah model yang mengandungi dua konstruk eksogenus iaitu penglibatan ibu bapa dan disiplin iklim sekolah serta dua konstruk endogenus iaitu sikap terhadap sains dan pencapaian sains. Kajian ini menggunakan teknik permodelan persamaan struktural (SEM) bagi menguji model yang dihipotesiskan dan menentukan kekuatan hubungan antara satu variabel dengan variabel yang lain. Dapatan kajian ini menunjukkan penglibatan ibu bapa mempunyai kesan langsung ke atas sikap terhadap sains dan pencapaian sains pelajar manakala sikap terhadap sains mempunyai hubungan negatif terhadap pencapaian sains pelajar. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan dalam analisis berbilang kumpulan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Sains Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Ismail, Mohd Erfy

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Ismail, Mohd Erfy. Permodelan faktor-faktor pencapaian Sains TIMSS Malaysia 2011. doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia, 2015.