Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan

Abstract

dc:description.abstract

Graduan yang menganggur terus menjadi masalah yang semakin meruncing di Malaysia. Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal. Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di kolej vokasional wilayah selatan. Seramai 113 responden telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 60 item. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi instrument kajian di mana nilai alpha bagi aspek kemahiran teknikal adalah α = 0.962 dan bagi aspek kebolehkerjaan adalah α = 0.954 . Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science Version 20 (SPSS 20). Analisis deskriptif dalam bentuk skor min digunakan untuk melihat kesediaan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kolej Vokasional Muar berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan antara jantina pelajar dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Hanafi., Suhaili

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Hanafi., Suhaili. Kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2015.