Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Penguasaan teknik kemahiran fasilitator dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Abstract
dc:description.abstractDalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP), ia menuntut pelajar untuk belajar secara aktif dan membiasakan diri dalam situasi pembelajaran ini, manakala pensyarah sebagai fasilitator. Namun, disebabkan PBP masih kurang dipraktikkan, sebilangan pensyarah masih kurang berkeyakinan untuk mengaplikasikan teknik kemahiran fasilitator semasa PBP. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui sejauhmana penguasaan pensyarah terhadap teknik kemahiran fasilitator dalam pelaksanaan PBP. Berdasarkan kepada Model Fasilitasi Heron (2006), kajian ini memfokuskan penguasaan pensyarah terhadap dimensi kemahiran fasilitator dan jenis mod fasilitator yang sering digunakan dalam PBP. Tinjauan secara kuantitatif menggunakan soal selidik telah dijalankan dengan melibatkan 177 orang responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari semua fakulti di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dapatan kajian menunjukkan dimensi kemahiran fasilitator adalah pada tahap tinggi bagi setiap dimensi dan mod fasilitator yang sering digunakan oleh pensyarah ialah mod koperatif. Walaubagaimanapun, pensyarah tetap menggunakan mod fasilitator yang lain mengikut kesesuaian. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan penguasaan pensyarah terhadap dimensi kemahiran fasilitator dan tiada perbezaan mod fasilitator yang digunakan berdasarkan pengalaman bekerja. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pensyarah-pensyarah di UTHM mempunyai tahap penguasaan yang baik dan mengaplikasikan teknik kemahiran fasilitator dalam PBP berdasarkan Sistem Fasilitasi Heron (2006).
Degree
thesis:*- Name dc:type.qualificationname
- mphil
- Level dc:type.qualificationlevel
- masters
- Grantor dc:publisher.institution
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Year dc:date.issued
- 2015
Author and committee
dc:creator, dc:contributor.*- Author dc:creator
-
- Ismail, Siti Nor Ainsyah
Subjects
dc:subject × 1Rights
- Language dc:language
- en