Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kajian amalan budaya Orang Asli Suku Kaum Jakun di Kampung Peta

Abstract

dc:description.abstract

Orang Asli suku kaum Jakun kaya dengan pelbagai budaya yang unik dan tersendiri. Arus globalisasi kini, telah memberi kesan kepada pengamalan kebudayaan warisan mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini disebabkan kurangnya penglibatan daripada generasi muda hari ini. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenalpasti jenis budaya material dan bukan material yang terdapat di Kampung Peta, mengkaji kecenderungan generasi muda kepada pengamalan budaya warisan suku kaum mereka dan menganalisis langkah untuk mengekalkan amalan budaya warisan Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan menyediakan dua set soalan temu bual mendalam kepada kumpulan fokus atau focus group, pemerhatian peserta dan pemerhatian tidak turut serta. Responden adalah terdiri daripada dua kumpulan iaitu penduduk Jakun di Kampung Peta yang mempunyai kemahiran dalam aspek amalan budaya dan generasi muda iaitu remaja dan belia Jakun untuk mencapai objektif kajian pertama dan kedua. Hasil kajian utama terdapat amalan budaya yang masih dilakukan dan dijalankan di Kampung Peta iaitu amalan budaya material yang terdiri daripada suku kaum Jakun, gelaran, dialek, peralatan, kraf tangan, makanan, nyanyian, tarian dan tempat tinggal. Bagi amalan budaya bukan material ialah agama dan kepercayaan serta perubatan tradisional manakala kecenderungan generasi muda kepada pengamalan budaya warisan kerana mereka tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mewarisi amalan budaya tersebut. Justeru, langkah pengekalan bagi mengekalkan kebudayaan suku kaum mereka iaitu dengan cara pengkomersialan produk budaya, memperkasa dan meningkatkan kebolehan Orang Asli, memberikan pendedahan yang khusus, memberi galakan dan insentif dan mewujudkan Rumah Budaya. Cadangan ini bukan sahaja boleh mengekalkan amalan budaya tetapi sebagai medium kesinambungan warisan untuk pengetahuan dan tatapan generasi akan datang.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohd Sam, Siti Aminah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohd Sam, Siti Aminah. Kajian amalan budaya Orang Asli Suku Kaum Jakun di Kampung Peta. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2015.