Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kesan aplikasi pembelajaran berteraskan multimedia terhadap pelajar teknikal dari aspek gaya pembelajaran visual di politeknik Malaysia
Abstract
dc:description.abstractVisual dalam pendidikan adalah pendekatan yang mampu melatih keupayaan pelajar untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran yang baru dengan mudah mahupun meningkatkan tahap pemahaman. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan diantara penggunaan aplikasi pembelajaran dengan gaya pembelajaran visual pelajar dalam matapelajaran Computer Networking Fundamentals. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester 5 daripada 2 buah Politeknik iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, dan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan yang mengambil matapelajaran Computer Networking Fundamentals (EC301) . Seramai 19 responden yang diambil sebagai kumpulan rawatan daripada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan seramai 21 responden lagi berfungsi sebagai kumpulan kawalan daripada Politeknik Port Dickson (PPD). Terdapat 3 instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini. Instrumen pertama adalah aplikasi pembelajaran bagi matapelajaran Computer Networking Fundamentals (EC301) yang digunakan oleh kumpulan rawatan, borang kaji selidik untuk mengenalpasti gaya pembelajaran setiap responden, dan intrumen yang ketiga adalah set ujian penilaian (ujian pra dan ujian pasca) bagi menilai tahap pencapaian kesemua responden. Data dianalisis menggunakan Analisis ANCOVA dan hasil kajian mendapati bahawa, pelajar yang menggunakan aplikasi pembelajaran dan disesuaikan dengan gaya pembelajaran visual (A_V) mencapai skor min markah yang paling tinggi iaitu 10.194 berbanding dengan kategori pelajar yang bukan bergaya pembelajaran visual dan tidak menggunakan aplikasi pembelajaran yang masing-masing hanya mencapai skor min 9.417 (A_BV), 4.950 (BA_BV) dan 3.646 (BA_V). Berasaskan kepada hasil dapatan ini, satu kerangka perlaksanaan telah di syorkan dengan menggabungkan intervensi aplikasi pembelajaran dengan elemen gaya pembelajaran visual bagi meningkatkan daya kefahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Degree
thesis:*- Name dc:type.qualificationname
- mphil
- Level dc:type.qualificationlevel
- masters
- Grantor dc:publisher.institution
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Year dc:date.issued
- 2015
Author and committee
dc:creator, dc:contributor.*- Author dc:creator
-
- Sakka, Seri Syahliliana
Subjects
dc:subject × 1Rights
- Language dc:language
- en