Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tahap stres dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di Johor

Abstract

dc:description.abstract

Stres merupakan perkara yang boleh membawa gangguan kepada individu. Sekiranya tidak dicegah akan memberi impak kepada kesihatan dan kehidupan. Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Begitu juga dengan para guru atau pensyarah. Stres guru banyak dikaitkan dengan bebanan kerja yang berlebihan dan karenah pelajar yang membawa ketidak selesaan dalam pekerjaan. Kini, ditambah lagi dengan perubahan yang telah dialami oleh sistem pendidikan teknik dan vokasional (PTV) iaitu pembaharuan dari Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV). Namun, ini telah membawa kepada corak sistem kurikulum yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pensyarah kolej vokasional. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti tahap stres dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di Johor. Kajian ini dijalankan secara kaedah tinjauan dengan menggunakan set kaji selidik dengan alpha Cronbach adalalah sebanyak 0.813. Seramai 255 orang pensyarah dari 7 buah kolej vokasional di Johor di pilih secara rawak sebagai responden untuk menjawab soal selidik yang telah dibina. Data analisis dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu dengan menggunakan kekerapan, peratusan, ujian t-bebas dan ANOVA. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan responden adalah sederhana namun terdapatnya tanda-tanda stres dalam kalangan mereka. Tahap stres dalam kalangan pensyarah perempuan lebih tinggi berbanding pensyarah lelaki. Faktor perubahan sistem merupakan faktor dominan berlakunya stres dalam kalangan reponden dengan 29%, diikuti faktor bebanan kerja (23%), faktor karenah pelajar (23%), faktor hubungan interpersonal (13%) dan faktor kekangan masa dan sumber (12%). Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap stres dan faktor stres dengan faktor jantina, tetapi didapati terdapatnya perbezaan signifikan antara tahap stres dan faktor stres dengan lokasi kolej.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Ramlee, Normarina

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Ramlee, Normarina. Tahap stres dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di Johor. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2015.