Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kajian motivasi terhadap pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal

Abstract

dc:description.abstract

Motivasi merupakan elemen psikologi yang amat penting sebagai penggerak kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap dan mengenalpasti perbezaaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas pelajar Kolej Vokasional Kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Selain itu, kajian ini juga secara langsung dapat menyingkap sejauh mana sambutan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengikuti pengajian di kolej vokasional dan keberkesanan transformasi pendidikan melalui pengstrukturan semula sistem pendidikan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Seramai 148 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 semester 2 Kolej Vokasional Kluang yang mengambil jurusan teknikal merangkumi 7 kursus pengajian dipilih sebagai respondan. Instrumen kajian menggunakan set borang soal selidik. Rekabentuk kajian adalah jenis kajian kes melalui pendekatan secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis statistik secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian “Statistical Package for Science Social” (SPSS) versi 21. Keputusan analisis dapatan menunjukkan motivasi intrinsik pada tahap yang tinggi di mana nilai min bersamaan 4.28 yang merangkumi faktor-faktor seperti keperluan, minat, ingin tahu, dan keseronokan manakala motivasi ekstrinsik pada tahap yang sederhana iaitu nilai min 2.90 yang mana merangkumi faktor-faktor seperti ganjaran, tekanan sosial dan hukuman. Selain itu, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina (intrinsik, =0.97, ekstrinsik, =0.23) dan kursus pengajian(intrinsik, =0.98, ekstrinsik, =0.50) yang mana ( > 0.05). Sebagai kesimpulannya, motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding motivasi ekstrinsik kerana pelajar lebih didorong oleh faktor dalaman berbanding faktor luaran sebagai penggerak untuk melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Makhtar, Muhamad Azmi

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Makhtar, Muhamad Azmi. Kajian motivasi terhadap pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2015.