Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Amalan pengurusan keselamatan bengkel kemahiran hidup (KHB) Sekolah Menengah Harian Daerah Batu Pahat

Abstract

dc:description.abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan serta keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup sekolah menengah harian daerah Batu Pahat. Kajian berbentuk kuantitatif dilaksanakan di empat buah sekolah menengah harian daerah Batu Pahat iaitu SMK Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn dan SMK Seri Gading. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar tingkatan dua yang mengambil matapelajaran KHB dan data dikumpul menggunakan instrumen borang soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Winsteps Version 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch sepenuhnya. Data dianalisis menggunakan teknik analisis diskriptif dan analisis inferensi iaitu ujian-t bagi menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengurusan keselamatan di bengkel diamalkan secara sederhana bagi ketiga-tiga aspek tersebut. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar di bandar dan luar bandar iaitu t=-4.08 dan p=0.000 di mana nilai min ukuranya pula ialah -.19. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi penambahbaikkan seperti mengadakan kempen kesedaran dan menyediakan sudut standard operasi amalan pengurusan keselamatan agar pelajar sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Saher, Mohd Najib

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Saher, Mohd Najib. Amalan pengurusan keselamatan bengkel kemahiran hidup (KHB) Sekolah Menengah Harian Daerah Batu Pahat. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2015.