Back to results

Universiti Tun Hussein Malaysia

Stres guru yang mengajar subjek reka bentuk dan teknologi (RBT) di sekolah rendah di Kuantan

Abstract

dc:description.abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres kerja dalam kalangan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi sekolah rendah dalam daerah Kuantan, Pahang. Faktor-faktor yang dikaji ialah tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban tugas. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Rekabentuk dan Teknologi di mana responden adalah seramai 105 orang yang diambil dari keseluruhan populasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps versi 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa stres kerja dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban tugas. Dapatan kajian juga mendapati faktor paling dominan menyumbang kepada stres dalam kalangan guru ialah beban tugas. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap stres guru berada pada tahap sederhana bagi semua faktor. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stres kerja guru di antara jantina bagi faktor kekangan masa dan hubungan interpersonal. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara jantina bagi faktor tingkah laku pelajar, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan dan beban tugas. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap stres kerja di antara guruguru berdasarkan kepada pengalaman mengajar. Hasil kajian ini dicadangkan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan aspek pengurusan stres supaya guruguru dapat menangani stres seterusnya meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohd Taha, Norreza

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
related terms
citation

Mohd Taha, Norreza. Stres guru yang mengajar subjek reka bentuk dan teknologi (RBT) di sekolah rendah di Kuantan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia, 2014.