Back to results

Universiti Tun Hussein Malaysia

Literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal di IPTA Zon Selatan

Abstract

dc:description.abstract

Sistem pendidikan Malaysia kini sedang melangkah ke arah transfomasi pendidikan yang berkualiti. Sehubungan itu, pentingnya proses pentaksiran yang berkualiti dan konsisten dalam menilai prestasi pelajar, maka dengan rasa tanggungjawab calon guru perlu lebih bersedia awal bagi membentuk dan melahirkan generasi baru yang berkualiti. Kajian ini bertujuan mengukur tahap literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal UTHM dan UTM dari segi kemahiran literasi pentaksiran dalam bilik darjah dan menentukan sejauhmana faktor jantina, tahap kesediaan menjadi guru dan tahap kesediaan pentaksiran calon guru yang mempengaruhi tahap literasi pentaksiran. Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif dalam kajian ini. Data yang dikumpul adalah menggunakan intrumen inventori yang diadaptasikan daripada Classroom Assessment Literacy Inventory (CAI ) oleh Mertler (2005). Penganalisisan melibatkan 110 orang persampelan tidak bertujuan dari UTHM dan UTM dengan menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dan SPSS v19. Berdasarkan dapatan kajian, tahap literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal masih pada tahap yang rendah. Manakala faktor jantina, kesediaan menjadi guru dan kesediaan pentaksiran tidak mempengaruhi tahap literasi pentaksiran calon guru. Oleh yang demikian, dicadangkan kepada pihak berkenaan untuk melihat secara serius berhubung dengan literasi pentaksiran calon guru untuk memastikan keberkesanan pentaksiran prestasi pelajar supaya keputusan yang dibuat tidak menjejaskan kualiti sebenar pelajar. Seterusnya usaha berkenaan dapat bergerak selari dengan sistem transformasi pendidikan dalam merealisasikan generasi pemimpin yang berkualiti dan lestari.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Tukiran, Norazlina

Subjects

dc:subject × 3

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Tukiran, Norazlina. Literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal di IPTA Zon Selatan. masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia, 2014.