Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Konstruk amalan pengurusan risiko sukan ke arah penghasilan kerangka konsep APRS jurulatih sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Abstract

dc:description.abstract

Pengurusan risiko sukan bertujuan untuk mengawal, mengelak dan meminimumkan risiko kemalangan dan kecederaan sukan melalui satu kerangka pengurusan risiko yang standard. Namun, institusi pendidikan di Malaysia tiada kerangka amalan pengurusan risiko sukan (APRS) yang standard untuk diguna pakai oleh guru, pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar risiko dalam sukan, selain untuk meningkatkan pelibatan masyarakat dalam sukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membentuk konstruk APRS jurulatih IPG bagi menghasilkan kerangka APRS. Seterusnya, kajian ini juga mengesan sumbangan faktor kompetensi dalam mempengaruhi APRS yang dilaksanakan oleh jurulatih sukan. Di samping itu, kajian ini juga berusaha untuk menguji dan mengesahkan secara empirikal model APRS. Kajian ini melibatkan sampel seramai 39 jurulatih dan 120 atlet dari Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Kesemua konstruk dan item APRS mempunyai indeks kebolehpercayaan Cohen Kappa antara 0.75 hingga 0.87, nilai kebolehpercayaan alpha cronbach dan kebolehpercayaan individu ialah 0.99, dan nilai kebolehpercayaan item ialah 0.75. Analisis utama kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang disokong secara kualitatif melalui analisis dokumen serta temu bual pakar. Data kajian telah dianalisis bagi menentukan konstruk APRS, konstruk APRS yang dominan berdasarkan atlet dan jurulatih; Differential Item Functioning (DIF) antara jurulatih dengan atlet, dan antara IPG; Sumbangan kompetensi terhadap APRS; APRS dibina memenuhi kriteria analisis komponen utama dan bersifat unidimensi. Hasil analisis mendapati konstruk APRS yang dominan ialah pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan. Analisis DIF menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jurulatih dengan atlet, berdasarkan IPG. Analisis juga menunjukkan faktor kompetensi yang menyumbang terhadap APRS ialah pengetahuan dan kemahiran. Ini membuktikan bahawa pengetahuan dan kemahiran ialah faktor jurulatih kompeten terhadap APRS. Konstruk APRS yang dibina bersifat unidimensi dan disahkan memenuhi kriteria analisis komponen utama.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2015

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mustaffa, Fatimah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mustaffa, Fatimah. Konstruk amalan pengurusan risiko sukan ke arah penghasilan kerangka konsep APRS jurulatih sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2015.