Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan sumber manusia dan tingkah laku kerja inovatif pengurus rancangan felda di Malaysia: peranan pemboleh ubah pengantara kompetensi keusahawanan dalaman

Abstract

dc:description.abstract

Berdasarkan Tinjauan Inovasi Global 2014, hanya enam peratus (6%) organisasi yang bercirikan inovasi telah berjaya memantapkan pertumbuhan pendapatan dan keberkesanan operasi. Ini membuktikan bahawa faktor inovasi merupakan pemangkin terhadap kelestarian dan daya saing sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian inovasi dilakukan di peringkat organisasi berbanding di peringkat individu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang Tingkah Laku Kerja Inovatif di kalangan Pengurus Rancangan FELDA. Kajian ini penting seiring dengan fungsi dan peranan FELDA yang sentiasa berubah dan bersifat dinamik. Di samping itu, sebagai pelaku global, FELDA berhadapan dengan banyak cabaran untuk mencapai prestasi. Ini ditunjukkan melalui indeks kepuasan peneroka FELDA terhadap pengurusan FELDA menunjukkan berada pada tahap memuaskan sahaja. Selain daripada itu, hasil temubual bersama pihak pengurusan FELDA mendapati keupayaan Pengurus Rancangan FELDA melaksanakan idea kreatif masih berada di tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara Pembangunan Sumber Manusia dan Tingkah Laku Kerja Inovatif dan mengkaji kesan perantaraan Kompetensi Keusahawananan Dalaman. Seramai 142 orang Pengurus Rancangan FELDA terlibat sebagai responden melalui persampelan rawak. Soal selidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara dimensi Pembangunan dalam Pembangunan Sumber Manusia dan Tingkah Laku Kerja Inovatif dan antara Kompetensi Keusahawanan Dalaman dan Tingkah Laku Kerja Inovatif. Di samping itu, dapatan juga menunjukkan Kompetensi Keusahawanan Dalaman adalah pengantara separa terhadap hubungan antara Pembangunan dimensi Pembangunan Sumber Manusia dan Tingkah Laku Kerja Inovatif.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Aris, Amir

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Aris, Amir. Pembangunan sumber manusia dan tingkah laku kerja inovatif pengurus rancangan felda di Malaysia: peranan pemboleh ubah pengantara kompetensi keusahawanan dalaman. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.