Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kesan teknik “hunTTO" square” terhadap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran matematik di sekolah rendah

Abstract

dc:description.abstract

Ramai pelajar yang bermasalah dalam tajuk Pembahagian dengan dua digit nombor. Ini kerana pelajar sukar untuk menghasilkan sifir dua digit untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tajuk ini yang berpunca dari masalah visualisasi serta masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) konvensional. Kajian kuasi eksperimental ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan Teknik “HunTTO Square” terhadap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik di sekolah rendah. Ujian Pra dan Ujian Pos digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian yang signifikan selepas menggunakan Teknik “HunTTO Square” yang menggunakan pembelajaran secara konstruktivisme yang menerapkan elemen visual. Manakala instrumen soal selidik pula digunakan untuk melihat persepsi pelajar selepas menggunakan Teknik “HunTTO Square” yang menggunakan pembelajaran secara konstruktivisme yang menerapkan elemen visual ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 40 orang pelajar Tahun Lima yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang dipilih daripada sebuah sekolah di daerah Kulaijaya, Johor. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 21.0. Hasil analisis menunjukkan peningkatan skor min markah bagi pelajar kumpulan rawatan. Hasil analisis ujian-t (paired-sample-t-test) menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan skor min markah yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos bagi pelajar kumpulan rawatan selepas menggunakan Teknik “HunTTO Square” yang menggunakan pembelajaran secara konstruktivisme yang menerapkan elemen visual. Dapatan kajian ini menggambarkan peranan penting elemen visual dan pembelajaran secara konstruktivisme dalam mempengaruhi pencapaian Matematik di dalam bilik darjah.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Jumiran, Mohamad Nurizwan

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Jumiran, Mohamad Nurizwan. Kesan teknik “hunTTO" square” terhadap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran matematik di sekolah rendah. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.