Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap motivasi pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup

Abstract

dc:description.abstract

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif, berpusatkan pelajar, melibatkan perbincangan kumpulan dan berlandaskan masalah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan motivasi pelajar melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) berbanding motivasi pelajar melalui kaedah Pembelajaran Sedia Ada (PSA) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Eksperimental Benar Ujian Pasca yang melibatkan 30 orang pelajar Tahun 5. Motivasi pelajar diukur dengan menggunakan soal selidik yang dibangunkan. Motivasi pelajar dibandingkan antara Kumpulan Rawatan (PBM) seramai 15 orang pelajar dengan Kumpulan Kawalan (PSA) seramai 15 orang pelajar. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik yang terlibat adalah analisis deskriptif dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan motivasi keseluruhan pelajar Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, nilai skor min motivasi keseluruhan Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada Kumpulan Kawalan. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik (p<0.05) di antara skor min keseluruhan motivasi pelajar Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Bagi komponen motivasi pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) di antara skor min motivasi aspek tumpuan usaha di antara pelajar Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Walau bagaimanapun, bagi dua komponen iaitu motivasi aspek minat untuk belajar dan aspek kepuasan dengan pembelajaran, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara skor min bagi Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min motivasi keseluruhan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam Kumpulan Rawatan. Sebaliknya, terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min motivasi keseluruhan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam Kumpulan Kawalan. Pada keseluruhannya, motivasi pelajar adalah tinggi melalui PBM dalam Kemahiran Hidup. Kajian mencadangkan penyelidikan tentang kesan PBM terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk kajian akan datang.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Jasman, Kamal

Subjects

dc:subject × 2

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Jasman, Kamal. Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap motivasi pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.