Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tinjauan pendapat pelatih ke atas pentaksiran berasaskan institusi di Institusi Latihan Kemahiran Awam

Abstract

dc:description.abstract

Kajian ini berjudul “Tinjauan Pendapat Pelatih Ke Atas Pentaksiran Berasaskan Institusi Di Institusi Latihan Kemahiran Awam”. Kajian kuantitatif deskriptif berbentukan kajian kes institusi ini bertujuan melihat amalan PBI di empat institusi latihan berbeza. Objektif kajian adalah untuk menentukan ciri-ciri amalan PBI mengikut pendapat pelatih. Hipotesis pertama menguji pendapat pelatih yang mendakwa wujud hubungan kukuh antara institusi dan hipotesis kedua, pendapat pelatih yang mendakwa wujud kesamaan antara institusi yang dikaji. Kajian ini memfokus dalam kalangan pelatih program Asas Pendawaian Elektrik Tahap Satu dari IKM Lumut (93 pelatih), GiatMARA Teluk Intan (37 pelatih), IKBN Seri Iskandar (74 pelatih) dan ILJTM Ipoh (107 pelatih) menggunakan pendekatan persampelan penuh berdasarkan enrolmen sedia ada.. Data mentah diproses secara statistik deskriptif untuk menghitung min bagi pangkatan dan sisihan piawai. Dapatan analisis data menunjukkan min pendapat keseluruhan pelatih (311 : 100 peratus) adalah pada tahap kesamaan yang tinggi(min = 4.23) pada serakan pendapat yang rendah (Sisihan Piawai= 0.78). Analisis inferensi menguji ujian hipotesis pertama, melalui pekali Pearson-r = -0.141, iaitu hubungan antara institusi yang dikaji dengan PBI adalah hubungan songsang, di mana ujian hipotesis kedua, analisis Anova menunjukkan F kiraan = 1.484 melebihi Jadual F, memutuskan menolak H null, yang mengatakan wujud persamaan amalan PBI antara institusi yang dikaji. Kajian ini merumuskan wujud kesamaan pendapat pelatih mengenai amalan PBI dalam program Sijil Pendawaian Elektrik mengikut institusi yang dikaji. Istilah Utama: Pentaksiran Berasaskan Institusi (PBI), Sijil Pendawaian Elektrik Tahap Satu, SLDN, Institusi Latihan Vokasional Awam, autonomi

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
mphil
Level dc:type.qualificationlevel
masters
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2014

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamed Ibrahim, Izan Rozaimie

Subjects

dc:subject × 3

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamed Ibrahim, Izan Rozaimie. Tinjauan pendapat pelatih ke atas pentaksiran berasaskan institusi di Institusi Latihan Kemahiran Awam. masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2014.