Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pembangunan kerangka pengurusan risiko pendidikan luar di Institut Pendidikan Tinggi Malaysia

Abstract

dc:description.abstract

Pengurusan risiko pendidikan luar (PRPL) bertujuan untuk mengawal, meminimum dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kecederaan. Justeru, pengurusan risiko pendidikan luar diperlukan untuk meningkatkan langkah keselamatan semasa perlaksanaan aktiviti dijalankan disamping mewujudkan sifar risiko. Namun sehingga kini, pelan pengurusan risiko yang sesuai belum dikenal pasti dan kebanyakan tenaga pengajar hanya mengaplikasikan pengurusan risiko pendidikan luar berdasarkan pengalaman. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti konstruk dan elemen pengurusan risiko pendidikan luar terhadap tenaga pengajar di universiti dan untuk menguji dan mengesahkan kerangka pengurusan risiko pendidikan luar yang diperlukan oleh tenaga pengajar di universiti. Temu bual dan tinjuan menggunakan soal selidik telah dilakukan bagi mengumpul data. Dua instrumen data telah digunakan iaitu protokol temu bual dan soal selidik. Lima puluh lapan orang tenaga pengajar dan lapan ratus enam belas orang pelajar telah dipilih untuk kajian ini. Data kualitatif telah dianalisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi Method dalam mendapatkan kesepakatan pakar bagi mengenal pasti kedudukan item pengurusan risiko pendidikan luar dan data kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian Winsteps version V3.69.1.11. Kesemua konstruk dan item pengurusan risiko pendidikan luar mempunyai indeks kebolehpercayaan Fleiss Kappa antara 0.73 hingga 0.93, nilai kebolehpercayaan individu ialah 0.94 dan nilai kebolehpercayaan item ialah 0.80. Analisis data menunjukkan bahawa konstruk pengurusan risiko pendidikan luar ialah pengenalpastian, pemilihan operasi, pelaksanaan dan penilaian. Konstruk pengurusan risiko pendidikan luar yang dominan bagi tenaga pengajar ialah penilaian, pelaksanaan, pemilihan operasi dan pengenalpastian manakala untuk pelajar ialah pemilihan operasi, pengenalpastian, pelaksanaan dan penilaian. Analisis Differential Group Functioning (DGF) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tenaga pengajar dengan pelajar. Konstruk pengurusan risiko pendidikan luar yang dibina bersifat unidimensi dan disahkan bagi memenuhi kriteria analisis komponen utama. Sebagai kesimpulan, terdapat keperluan pengurusan risiko dalam pendidikan luar untuk meningkatkan aspek keselamatan dalam melaksanakan aktiviti pendidikan luar supaya tidak berlakunya kemalangan yang melibatkan para pelajar.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2018

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Mohamed @ Jamal, Abidah Ainah

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Mohamed @ Jamal, Abidah Ainah. Pembangunan kerangka pengurusan risiko pendidikan luar di Institut Pendidikan Tinggi Malaysia. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2018.