Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran pendidikan Islam berasaskan kaedah simulasi

Abstract

dc:description.abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau sejauhmana pelaksanaan kaedah simulasi (KS) dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru Pendidikan Islam (GPI) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (PI) dalam bidang ibadah di kolej vokasional di Semenanjung Malaysia. Secara khususnya, objektif kajian ini menfokuskan kepada mengenal pasti tahap pengetahuan guru menggunakan kaedah simulasi sebagai kaedah pengajaran yang disarankan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seterusnya mengenal pasti kebolehan guru dalam menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan seterusnya menghasilkan satu garis panduan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah simulasi berasaskan dapatan kajian. Responden kajian terdiri daripada guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar di kolej vokasional (KV) di Semenanjung Malaysia. Dapatan ini menggunakan kaedah kuantitatif disokong dengan dapatan kajian kualitatif melalui temu bual berstruktur dan pemerhatian.. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif kuantitatif yang melibatkan instrumen soal selidik bagi memperolehi statistik kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan min. Data kualitatif yang melibatkan instrumen temu bual dan pemerhatian telah dianalisis dan diinterpretasi berdasarkan kandungan rekod dan catatan. Kesahan kandungan instrumen soal selidik telah diuji oleh pensyarah penasihat dan pakar-pakar dalam bidang pembinaan item, indeks kebolehpercayaan pula telah ditentukan melalui analisis ketekalan dalaman dan cronbach. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GPI boleh menguasai dan berkebolehan untuk menggunakan KS dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, tetapi penerapan elemen-elemen KBAT tidak berlaku secara langsung dan ianya perlu kepada satu garis panduan untuk membantu GPI membimbing pelajar menguasai bidang pelajaran yang diajar. Berasaskan kepada dapatan ini satu cadangan garis panduan penerapan KBAT berasaskan KS dalam pengajaran dan pembelajaran guru yang dihasilkan ini diharapkan akan dapat dimanfaatkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas kaedah pengajaran guru untuk diselaraskan pelaksanaannya di sekolah-sekolah di Malaysia.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2019

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Muhamad, Suhaimi

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Muhamad, Suhaimi. Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran pendidikan Islam berasaskan kaedah simulasi. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019.