Back to results

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keberkesanan modul infusi kemahiran berfikir aras tinggi pembelajaran luar bilik darjah (iKBAT-PLBD) bagi bidang pembelajaran sukatan dan geometri

Abstract

dc:description.abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu kemahiran berfikir yang sangat diperlukan dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini terutama dalam bidang matematik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sama ada KBAT matematik pelajar dapat ditingkatkan dengan menggunakan modul infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - Pembelajaran Luar Bilik Darjah (iKBAT–PLBD) atau tidak? Justeru itu, satu kerangka perancangan telah dibuat terhadap empat kemahiran tertinggi dalam Taksonomi Bloom semakan semula yang juga merupakan konstruk utama dalam KBAT. Konstruk KBAT tersebut ialah konstruk menganlisis, mengaplikasi menilai dan mencipta. Sampel kajian ini melibatkan 120 pelajar tingkatan 1 di empat buah sekolah yang berbeza di negeri Johor. Dalam menjalankan kajian kuasi eksperimental ini, data dikumpul melalui kajian keputusan ujian pra dan ujian pos sebelum dan selepas menggunakan modul bagi kumpulan rawatan. Manakala pendekatan PdP tradisional pula digunakan bagi kumpulan kawalan. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang bertunjangkan modul iKBAT–PLBD telah dapat meningkatkan penguasaan matematik pelajar dalam kempat-empat tahap KBAT serta bagi keseluruhan tahap. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikasi antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan terhadap peningkatan KBAT pelajar dalam matematik dengan menggunakan pendekatan iKBAT–PLBD bagi tahap mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta juga secara keseluruhan. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak pentadbiran sekolah, ibubapa, guru matematik malah bagi pelajar itu dari segi pengubalan dasar yang berkaitan, pengaplikasian dan sebagai satu bukti keberkesanan dalam proses pemerkasaan KBAT matematik di Malaysia.

Degree

thesis:*
Name dc:type.qualificationname
phd
Level dc:type.qualificationlevel
doctoral
Grantor dc:publisher.institution
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Year dc:date.issued
2020

Author and committee

dc:creator, dc:contributor.*
Author dc:creator
  • Rosool Gani, Mohammad Firros

Subjects

dc:subject × 1

Rights

Language dc:language
en

Chain of custody

source
Harvested from
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Base URL
eprints.uthm.edu.my/cgi/oai2
Last updated
2026-07-24
Source record
OAI-PMH GetRecord
citation

Rosool Gani, Mohammad Firros. Keberkesanan modul infusi kemahiran berfikir aras tinggi pembelajaran luar bilik darjah (iKBAT-PLBD) bagi bidang pembelajaran sukatan dan geometri. doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2020.